FIST UMPSA

View by Category

Industrial Co-Lecture BSB2223 Dedah Pelajar kepada Amalan Jaminan Kualiti dan Prospek Kerjaya

16 Oktober 2026 | UMPSA Paya Besar

Seramai 46 pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai program Industrial Co-Lecture bagi kursus BSB2223 Laboratory Quality Management & Validation yang berlangsung secara dalam talian menerusi Microsoft Teams.

Program bertajuk “Quality Assurance in Practice: Roles, Challenges and Career Prospects” ini menampilkan Encik Zulkarnaen Ahamad, Quality Assurance & Team Excellence Executive dari Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTAR), FGV Agri Services Sdn. Bhd., sebagai penceramah jemputan industri.

Sesi yang diselaraskan oleh Dr. Shariza Jamek, pensyarah FSTI merangkap penyelaras kursus BSB2223, bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pelaksanaan sistem jaminan kualiti dalam persekitaran industri serta menghubungkan pengetahuan teori dengan amalan profesional.

Sepanjang sesi, penceramah berkongsi pengalaman mengenai peranan dan tanggungjawab pegawai jaminan kualiti, cabaran dalam memastikan pematuhan terhadap prosedur dan standard kualiti, serta kepentingan kemahiran teknikal, komunikasi dan kerja berpasukan.

Pelajar turut didedahkan kepada prospek kerjaya dalam bidang jaminan kualiti, khususnya dalam sektor bioteknologi, makmal dan industri berasaskan pertanian. Sesi soal jawab pula memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan penceramah bagi memahami keperluan dan jangkaan industri terhadap graduan.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha FSTI dalam memperkukuh hubungan universiti–industri melalui perkongsian kepakaran pengamal industri, di samping meningkatkan pengalaman pembelajaran dan kesediaan kerjaya pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang