FIST UMPSA

View by Category

Lawatan Industri ke ECRL Perkukuh Kompetensi Pelajar DRO2533 dalam Keselamatan Tapak Bina

12 Mei 2026 | Kuantan, Pahang

Seramai 68 orang pelajar Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai lawatan industri ke tapak projek.

Lawatan di bawah kursus DRO2533 OSH in Construction ini diselaraskan oleh Cik Zarifah Shahri dan Prof. Madya Dr. Mohd Fadzil Mohd Idris bersama wakil daripada China Communications Construction Company (CCCC).

Program dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh En. Soliheen (SHO) serta ucapan pembukaan oleh En. Amiruddin, Penolong Pengurus Projek CCCC Seksyen 12. Pelajar kemudiannya dibahagikan kepada empat kumpulan dan dipandu oleh Penyelia Keselamatan Tapak (SSS) sepanjang lawatan di kawasan projek.

Sepanjang lawatan, pelajar didedahkan kepada aktiviti pembinaan yang dijalankan di tapak, hazard pekerjaan serta langkah kawalan keselamatan yang diamalkan dalam projek pembinaan berskala besar. En. Mohd Shaiful Asraf bersama pasukan SSS dan jurutera projek turut berkongsi pengalaman serta tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan pekerja dan pematuhan prosedur keselamatan di tapak bina.

Lawatan ini memberikan pendedahan industri yang sangat bermakna kepada pelajar serta memperkukuh pembelajaran praktikal dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, khususnya dalam persekitaran pembinaan sebenar.

Pihak fakulti turut merakamkan penghargaan kepada China Communications Construction Company (CCCC) ECRL Seksyen 12 atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh:
Cik Zarifah Shahri
(Penyelaras Kursus)

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang