FIST UMPSA

View by Category

FSTI Anjur Majlis Ramah Mesra Pelajar DRS Batch 25

8 April 2026 | UMPSA Gambang

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Pelajar Diploma Sains Industri (DRS) Batch 25 pada 8 April 2026 bertempat di Ruang Legar Blok W, UMPSA Gambang. Program ini melibatkan seramai 92 orang pelajar DRS.

Majlis dimulakan pada jam 5.30 petang dengan sesi pendaftaran, diikuti aktiviti suai kenal bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar. Sesi ini dikendalikan oleh Muhammad Hariez Mirza bin Mohd Azhar, pelajar kanan DRS.

Seterusnya, para pelajar menyertai aktiviti berkumpulan yang bertujuan memupuk semangat kerjasama dan interaksi antara rakan sebaya. Kumpulan 9 telah muncul sebagai pemenang dan menerima hadiah yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali, Pemangku Penyelaras Akademik DRS.

Majlis turut diserikan dengan ucapan pesanan oleh Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali kepada para pelajar sebagai panduan dalam menempuh kehidupan akademik.

Program berakhir pada jam 6.30 petang dengan sesi bergambar bersama.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang