FIST UMPSA

View by Category

Pelajar Bioteknologi Industri Sertai Program Outbound Mobility Berkredit di UNISA Yogyakarta

7 Jun 2026 | Yogyakarta, Indonesia

Seramai 11 orang pelajar Program Bioteknologi Industri (BSB), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang mengikuti kursus BTK0037 Biolandscape telah selamat tiba di Yogyakarta, Indonesia bagi menyertai Program Outbound Mobility Berkredit dengan kerjasama Universitas 'Aisyiyah Yogyakarta (UNISA).

Program yang berlangsung selama lima hari, bermula dari 7 hingga 11 Jun 2026, bertujuan memberikan pendedahan antarabangsa kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti akademik, lawatan pendidikan, pertukaran budaya serta pengalaman pembelajaran global.

Melalui program ini, para pelajar berpeluang memperluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang bioteknologi serta meningkatkan kemahiran insaniah, komunikasi antarabangsa dan kebolehsuaian dalam persekitaran pembelajaran global.

Program mobiliti seperti ini selaras dengan usaha UMPSA dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan universiti serta melahirkan graduan yang berdaya saing, kompeten dan mempunyai perspektif global.

Semoga program ini berjalan lancar dan memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta berimpak tinggi kepada semua peserta.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang