FIST UMPSA

News & Events

Featured

SULAM 2023: Pelajar UMP berkongsi teknologi penjujukan di MRSM Kuantan

Seramai 21 orang pelajar BSB3703 Microbial Genomics telah turun menyantuni pelajar tingkatan 4 MRSM Kuantan pada baru-baru ini bagi menjayakan projek SULAM 2023 yang diselia oleh Ts Dr Hajar Fauzan Bin Ahmad dan para pendidik program Bioteknologi Industri, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang. Program SULAM ini merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah, selari dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

Program SULAM ‘Who’s That Pokemon? We Catch Them All’ ini bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah tentang kehadiran mikrob dalam persekitaran kita. Para pelajar Bioteknologi Industri telah berkongsi ilmu dan pengalaman di dalam bilik kelas berkaitan kaedah penjujukan dalam mengenalpasti mikrob dipersekitaran. Melalui teknologi penjujukan, kita akan lebih mengetahui fungsi sesuatu mikrob yang sangat penting dalam aplikasi bioteknologi seperti penghasilan makanan yang lebih sedap dan berkhasiat seperti roti dan minuman susu kultur, membantu mengawal pencemaran dengan mengubah sisa organic kepada plastik yang lebih mesra alam sekitar, dan lain-lain lagi.

Diharapkan projek SULAM membuka peluang kepada mahasiswa membantu masyarakat dalam meneroka dan mengaplikasi ilmu dalam konteks menyelesaikan masalah dunia sebenar dihadapi komuniti. Situasi pembelajaran ini memerlukan mahasiswa lebih berdikari dengan mengaplikasikan ilmu dipelajari dalam kursus diambil, sehingga mampu membangunkan diri secara holistic, selain mengeratkan jaringan Kerjasama di antara UMP dan sekolah.

 

Berita disediakan oleh Ts Dr Hajar Fauzan Bin Ahmad, Pensyarah Kanan FSTI.

Featured

AUDIT PENARAFAN OSHMO DI MAKMAL FSTI

Pada 28 Januari 2023 jam 10 pagi, pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMP yang diwakili oleh Ts. Muhammad Hairynizam bin Muhd Taib, Pengarah OSHMO dan staf unit telah menjalankan sesi audit penarafan di Makmal-makmal Fakulti Sains dan Teknologi Industri. Sesi audit dimulakan dengan sesi penerangan berkaitan dengan kriteria audit yang disertai oleh staf-staf teknikal Makmal FSTI. Audit penarafan ini melibatkan kesemua makmal yang ada termasuk Makmal P&P dan Makmal Penyelidikan.

Berita disediakan oleh Kluster Pengurusan Kualiti Teknikal.

Featured

LAWATAN KOLABORASI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI, UMP KE ECO PALM PAPER SDN BHD

Lawatan kolaborasi ke Eco Palm Paper Sdn Bhd, Pekan, Pahang telah diadakan pada 25 Januari 2023. Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh Dekan fakulti, Profesor Madya Ts. Dr. Saifful Kamaluddin bin Muzakir @ Lokman, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) fakulti, Ts. Dr. Azizan bin Ramli dan turut serta wakil pensyarah dan penyelidik Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI).

Sesi ini membincangkan peluang kolaborasi dalam penganjuran program berkaitan biodiversiti dan kerjasama penyelidikan berkaitan penanaman pokok dan pemprosesan menghasilkan kertas.

Pihak fakulti merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada Tn. Hj. Shamsudin bin Abd Rashid dari Eco Palm Sdn Bhd, Ts. Farid Azwan bin Mohd Yusof dari Transwater API Sdn Bhd dan staf yang terlibat semasa sesi lawatan diadakan.

Berita disediakan oleh Dr. Nazikussabah bt Zaharudin, Pensyarah Kanan FSTI

TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SIRI 1/2023
Featured

TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SIRI 1/2023

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan dan Penempatan Kerjaya (CPDC) akan menganjurkan TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI SIRI 1/2023. Pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Julai dan Ogos 2023 adalah DIWAJIBKAN UNTUK HADIR


Sehubungan itu, dijemput pelajar terlibat untuk menghadiri taklimat ini mengikut ketetapan berikut-:

SESI PERTAMA
Tarikh: 17 Januari 2023 (Selasa)
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Astaka, UMP Paya Besar
-------------------------------------------------------------------------------
SESI KEDUA
Tarikh: 18 Januari 2023 (Rabu)
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Dewan Serbaguna, UMP Pekan

DAFTAR SEKARANG!!
Klik pautan berikut untuk mendaftar:
https://bit.ly/taklimatLIsiri1_2023

Sekian, terima kasih.

Featured

Program Bual Bicara Industry Challenges: Are You Ready As an OSH Intern?

Satu program bual bicara bertajuk Industry Challenges: Are You Ready As an OSH Intern? telah diadakan pada 30 Disember di Auditorium Perpustakaan UMP Kampus Paya Besar sebagai penutup tahun 2022. Program yang diketuai oleh Dr Khairiah binti Mohd Mokhtar dan dibantu oleh sekretariat yang terdiri daripada Dr Izirwan bin Izhab, Cik Zarifah binti Shahri, Pn Nor Ashikin binti Basharuddin, Cik Nur Shamimie Afieqa binti Muhammad Zamri dan juga beberapa orang pelajar Tahun 3 di Program BPS.

Program ini dirangka khusus sebagai persiapan awal kepada para pelajar di Program BPS dan DRO yang akan menjalani Latihan Industri (LI). Oleh itu, dua orang panel daripada industri dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) iaitu Encik Khairul Rizal bin Jamaludin (Managing Director Flow Tech Services Sdn Bhd) daripada industri minyak dan gas dan Puan Suriawati binti Sulong (Senior Officer Engineering Department Meditop Corporation (Malaysia) Sdn Bhd) daripada industri pembuatan dijemput khas bagi berkongsi pengalaman dan input berkaitan pengetahuan, soft-skills dan kemahiran teknikal yang diperlukan oleh para pelajar agar memenuhi jangkaan pihak industri dalam bidang KKP.

Input bermanfaat yang diperoleh daripada platform ini diharapkan dapat diaplikasi oleh para pelajar untuk menjadi graduan berpotensi besar dan berdaya saing yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan meluas mengenai KKP dari segi teori tetapi juga daripada sudut pembawaan diri sebenar di industri, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor kerajaan atau swasta selepas tamat LI.

 

Berita disediakan oleh Dr Khairiah binti Mohd Mokhtar, Pensyarah Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, FSTI.

Featured

FSTI TERIMA LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH DARIPADA LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

Pada 20 - 21 Disember 2022 (Selasa & Rabu), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi tiga (3) program akademik yang ditawarkan iaitu Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dengan Kepujian (BSB), Sarjana Muda Sains Gunaan Kimia Industri dengan Kepujian (BSK) dan Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bahan dengan Kepujian (BSP).

Lawatan penilaian melibatkan sembilan orang Ahli Panel Penilai (APP) dan tiga wakil dari Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS) MBOT telah dilaksanakan secara bersemuka bagi program BSP manakala secara dalam talian bagi dua program iaitu BSK dan BSB. Sesi penilaian juga berjalan dengan lancar sebagaimana dirancang melalui komitmen tinggi pelbagai pihak yang terlibat antaranya Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Perpustakaan, Pusat Pengurusan Akademik dan lain-lain.

 

Berita disediakan oleh Encik Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI

Featured

Lawatan Kerja dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia di Fakulti Sains dan Teknologi Industri

16 Disember 2022 (Jumaat)  - Telah berlangsung sesi perbincangan Pengurusan Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) UMP bersama YBrs. Dr. Juwari Purwo Sutikno, Timbalan Dekan Fakultas Teknologi Industri dan Rekayasa Sistem (F-INDYS), Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia, sempena Lawatan Kerja ITS ke FSTI UMP Kampus Paya Besar.

Pengisian perbincangan dimulakan dengan pengenalan latar belakang FSTI oleh Dekan FSTI iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Saifful Kamaluddin Muzakir@Lokman dan disusuli pengenalan latar belakang ITS dan F-INDYS oleh Dr. Juwari Purwo Sutikno. Fokus perbincangan menjurus kepada kerjasama akademik dan penyelidikan yang berpotensi untuk dilaksanakan di antara kedua-dua institusi di masa akan datang, khususnya melibatkan program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Ketua Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BPS) turut membuat pembentangan struktur kurikulum BPS bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pihak ITS mengenai pelaksanaan program ini di FSTI.

Setelah selesai sesi perbincangan, program diteruskan dengan lawatan ITS ke makmal FSTI untuk melihat kemudahan fasiliti pengajaran dan pembelajaran serta fisiliti penyelidikan. Sebagai rekod, YBrs. Dr. Juwari Purwo Sutikno juga adalah merupakan Alumni UMP yang telah mengikuti pengajian dalam program Ijazah Doktor Falsafah (Chemical Process Control) pada tahun 2011.

 

Berita disediakan oleh En. Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI

webinar on the Application of Classical Physics to Social Opinion Evolution
Featured

webinar on the Application of Classical Physics to Social Opinion Evolution

Assalamualaikum and Good Day,
The Faculty of Industrial Sciences and Technology (FIST), UMP is pleased to invite you to attend a live and face-to-face webinar on the Application of Classical Physics to Social Opinion Evolution. The invited speaker is Professor Dr. Daniel Zachary, Director for the Energy Policy and Climate Programme at Johns Hopkins University, United States.

The details of the event are as follows:

Date: 21st December 2022 (Wednesday)
Time: 8:30 a.m – 10:30 a.m (MYT)
Venue: FIST Mini Theatre / Online Zoom Platform

Link: shorturl.at/yRT47
Meeting ID: 973 6902 1880
Passcode: 160821
Registration Link: https://forms.gle/bvBXzbtjnZicUpfu8

Participation by UMP Staff will be recorded for CPD points via the registration link provided.

Thank you for your kind support. Stay safe, and see you soon!

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN WARGA FSTI
Featured

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN WARGA FSTI

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN WARGA FSTI

Fakulti Sains dan Teknologi Industri akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Warga FSTI seperti berikut:

Tarikh   : 15 Disember 2022 (Khamis)

Masa    : 9 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat : Dewan Banquet, Canseleri, UMP Gambang / Youtube Live - @FISTUMPTV

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga memberi inspirasi kepada semua staf dan pelajar supaya lebih cemerlang paa masa hadapan.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang