Previous Next

Perbincangan Kerjasama bersama Maejo University, Chiang Mai

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah baru-baru ini telah mengadakan perbincangan bersama wakil daripada Maejo University, Chiang Mai dalam mencari potensi untuk mengadakan kerjasama bagi kolaborasi akademik dan juga penyelidikan. Wakil daripada pihak UMPSA terdiri daripada Professor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli (Dekan FSTI), Ts. Dr. Azizan Ramli (Timbalan Dekan Penyelidikan & Pengajian Siswazah), Ts. Dr. Haniza Abdul Aziz (Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Dr. Nazira Mahmud (Ketua Program Bioteknologi Industri), Dr. Mohd Azwan Jenol (Pensyarah Fakulti), Dr Shoriya Aruni Abdul Manaf (Pensyarah Fakulti) dan Ms. Wan Nor Haffiffah Binti Wan Hamad (Eksekutif)

Manakala Maejo University diwakili oleh Dr. Prakash Murgeppa Bhuyar (Penolong Dekan Kolej Antarabangsa).

Antara agenda yang dibincangkan adalah berkaitan dengan peluang untuk mengadakan kerjasama penyelidikan dalam pelbagai bidang, terutamanya agroteknologi dan pertanian di peringkat kebangsaan. Selain itu, perbincangan turut meliputi bidang akademik termasuklah ‘global classroom’ dan penglibatan pelajar untuk latihan amali di Maejo University. Kolabrasi strategik ini dijangkakan dapat meningkatkan prestasi dan kualiti dalam aspek akademik dan juga penyelidikan.

Selepas sesi perbincangan, Dr. Prakash dibawa melawat fasiliti yang ditawarkan di Pusat Penyelidikan Bioaromatik.


Print   Email