Previous Next

HARI KELUARGA FIST

Pada 9 Jun 2024, bertempat di Mini Stadium UMPSA Kampus Gambang, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Fakulti SCITEXS telah mengadakan ‘FIST Family Day’. Tujuan program Hari Keluarga FIST ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar fakulti FIST dan staff- staff fakulti FIST. Program ini telah berjalan dengan lancar serta telah mengeratkan hubungan antara pelajar dan staff, menggalakkan kerjasama dan kerja berpasukan serta meningkatkan semangat peserta. Melalui aktiviti yang menyeronokkan, Hari Keluarga FIST ini telah menghasilakan menyeronokkan dan penglibatan aktif, yang akhirnya mencipta rasa kebersamaan dalam komuniti.


Dengan sekitar 90 peserta, termasuk pelajar dan staf fakulti FIST, peserta bersemangat mengambil bahagian dalam aktiviti- aktiviti yang diadakan seperti Senamrobik, Bowling Kelapa, Kerusi Muzikal, Tarik Tali, Tin Tower dan Isi air dalam botol. Acara ini berakhir dengan rasa gembira, apabila pelajar saling berhubung melalui pelbagai aktiviti dan permainan. Hari Keluarga FIST bukan sahaja satu hari yang penuh keseronokan tetapi juga peluang yang baik untuk pelajar berhubung dan mencipta kenangan yang berkekalan.


Sebelum memulakan aktiviti, pihak penganjur membahagikan peserta-peserta mengikut kumpulan secara rawak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan pada hari tersebut. Perkara ini dilaksanakan kerana untuk mengeratkan hubungan yang baik antara pelajar dan staf FIST peserta akan lebih bermotivasi dan dapat mengenali antara satu sama lain. Pertandingan tarik tali telah dimenangi oleh pasukan staf FIST.


Tidak dinafikan bahawa Program Family FIST Day ini telah menarik ramai perhatian dan penyertaan pelajar fakulti FIST UMPSA. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan penganjur kerana menjadikan Hari Keluarga Fist satu kejayaan besar. Tenaga dan semangat anda menjadikan program ini benar-benar istimewa.


Print   Email