Demonstrasi alatan makmal berkaitan Immunotechnology
11 Jun 2025 | Makmal FSTI Kampus Gambang
Demonstrasi alatan makmal berkaitan Immunotechnology
Demonstrasi ini dimulakan dengan lawatan ke Makmal Berpusat. Lawatan tersebut dimulai dengan ucapan aluan oleh En Fadhlullah bin Rahman, pegawai sains kanan di Makmal Berpusat. Mikroskop pertama yang dilawati ialah ‘fluorescence research microscope’. Mikroskop berkenaan digunakan untuk mengamati spesieman yang memancarkan fluoresen, baik secara alami mahupun diberikan pewarna fluoresen. Setelah itu, para pelajar dibawa untuk melihat demonstrasi mikroskop elektron. Terdapat 2 mikroskop electron iaitu ‘Scanning Electron Microscope’ dan ‘Field Emission Scanning Electron Microscope with EDX’. Mikroskop tersebut merupakan alat canggih yang menggunakan berkas electron untuk memperbesar dan memvisualisasikan objek dengan resolusi sangat tinggi, hingga skala nanometer. Para pelajar diberi peluang untuk melihat mikroskop tersebut secara dekat dan melihat contoh-contoh gambar yang dihasilkan oleh mikroskop-mikroskop tersebut.
Selain melihat demonstrasi mikroskop, para pelajar dibawa melawat ‘Microplate Reader’ di Makmal FSTI. Sesi demonstrasi ini dikendalikan oleh Encik Muhamad Husainin bin Sulaiman, penolong pegawai sains FSTI. Mesin tersebut befungsi untuk mengesan reaksi biologi, kimia atau fizik pada sampel yang ditempatkan dalam mikroplat. Para pelajar diberi peluang untuk melihat mesin tersebut secara dekat dan melihat output yang dihasilkan oleh mesin tersebut.
Demonstrasi berakhir pada jam 1 petang.