FIST UMPSA

News & Events

Fun FIST Bowling Day 2025

14 Disember 2025 | FIST Bowling

𝐅𝐔𝐍 𝐅𝐈𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐖𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟓

🗓️Tarikh: 14 Disember 2025 (Ahad)

⏰Masa: 10.00 Pagi – 2.00 Petang

📍Tempat: Playground 6, Semambu

Satu program Fun FIST Bowling Day telah diadakan pada hari ini. Seramai lebih 46 staf bersama ahli keluarga telah menyertai program pada hari ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan Bowling, pertandingan mewarna kanak-kanak serta cabutan bertuah. Majlis turut diserikan lagi dengan penyertaan dari pelajar inbound mobiliti daripada UNISA yang terdiri daripada 4 orang pelajar dan 1 orang pensyarah. Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli turut bersama-sama meraikan majlis dengan ucapan serta penyampaian hadiah kepada pemenang. Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang terlibat dan diharapkan hubungan sesama staf dapat dieratkan lagi dengan program seumpama ini dimasa akan datang.

#umpsasharing

#UMPSAMalaysia

#StudyAtUMPSA

#jommasukfistumpsa

#fistumpsa

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang