HAZARD IDENTIFICATION AND RISK ASSESSMENT – INDUSTRY PERSPECTIVE : CSR TRAINING PROGRAM & BEST PRACTICE IN USING BIOSAFETY CABINET FOR FIST'S STUDENT AND TECHNICAL STAFF
Hits: 78
21 November 2024 | Dewan Tun Teja & Makmal FSTI
HAZARD IDENTIFICATION AND RISK ASSESSMENT – INDUSTRY PERSPECTIVE : CSR TRAINING PROGRAM & BEST PRACTICE IN USING BIOSAFETY CABINET
Satu program latihan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada Global Performance Technical Consultancy (GPTC) kepada pelajar dan staf teknikal Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah diadakan pada hari ini. Program CSR Training bertajuk "Hazard Identification and Risk Assessment - Industry Perspective: CSR Training Program" telah diadakan pada jam 10.45 pagi sehingga 1.00 tengah hari di Dewan Tun Teja. Seramai 46 pelajar FSTI telah menyertai program CAR Training ini. Manakala sesi kedua berlangsung pada jam 3.00 petang di Makmal FSTI dengan perkongsian dan sesi lawatan bagi tajuk " Best Practice in Using Biosafety Cabinet" kepada staf teknikal.
Dua program telah diadakan pada hari ini dengan salah satunya adalah perkongsian kepada pelajar dari dua kursus yang ditawarkan di FIST iaitu BSB 3503 Biomanufacturing dan BSF 1222 Industry Safety Management. Dua kursus ini telah dipilih kerana mempunyai persamaan dalam aspek 'Hazard' dalam industri. Semua pelajar yang menyertai alan mendapat sijil yang diiktiraf HRDF bagi penyertaan menyertai program CSR Training dari GPTC.
Kursus ini turut dijalankan dengan kerjasama Staf FIST bagi memenuhi keperluan pengiktirafan industri bagi subjek yang ditawarkan di FIST. Seterusnya kursus bersama staf teknikal di FIST adalah keperluan bagi GPTC untuk berkongsi informasi dan maklumat secara hands-on terhadap penggunaan 'Biosafety Cabinet'.
Penceramah pada hari ini ialah Encik Muhammad Farahi bin Mokhtar, Senior Manager dari Global Performance Training Consultancy, yang mempunyai latar belakang selama 20 tahun dalam bidang minyak dan gas dan industri saintifik. Beliau turut merupakan seorang consultant dan Certified Trainer daru HRDF serta mempunyai kelayakan Auditor ISO 9001:2015 dari Sirim.
Turut serta pada program pagi ini merupakan pengarah program CSR Training, Dr. Aishah binti Mohd Marsin, bersama jawatankuasa, Dr. Ts. Dr. Nurul ‘Azyyati binti Sabri, Dr. Nazikussabah binti Zaharudin, Dr. Nazira binti Mahmud dan Ts. Dr. Kamrul Fakir bin Kamarudin. Cenderahati telah disampaikan oleh Ts. Dr. Hanida binti Abdul Aziz setelah sesi pertama selesai. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa serta peserta yang telah menyertai program pada pagi ini.
Latest News
20 December 2024