Previous Next

Kunjungan Hormat Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pahang.

Kunjungan Hormat Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pahang.

Pada 15 Oktober 2024, delegasi dari Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah melakukan kunjungan hormat ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang terdapat di Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Kunjungan hormat ini juga dilakukan untuk mempromosikan 1st International Symposium of Technical Safety, Occupational Health, and Environment 2024 (ISTeSHE 2024) dan beramah mesra dengan Pengarah JKKP Pahang. Delegasi FSTI terdiri daripada Ts. Dr. Hanida Binti Abdul Aziz (Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Dr. Mohd Shahril Bin Abu Hanifah (Ketua Program Sarjana Muda), Dr. Nurud Suria Bin Suhaimi (Ketua Program Diploma), Dr. Junaidah Binti Zakaria (Penyelaras Program Sarjana), dan Dr. Norhidayah Binti Abdull (Ketua Kluster Penyelidikan dan Pengarah Program ISTeSHE 2024). Delegasi dari FSTI disambut oleh En. Ahmad Fauzi Bin Awang (Ketua Pengarah JKKP Pahang), En. Rukairulaizamm Bin Ab Rahman (Timbalan Pengarah JKKP Pahang), En. Sufian Bin Abd Lajak (Ketua Penolong Pengarah), dan Puan Nurul Nadia Ummira Binti Abu Bakar (Penolong Pengarah).

Sesi yang dipengerusikan oleh En. Ahmad Fauzi dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan perkenalan kepada semua delegasi terlibat. Majlis diteruskan dengan sesi perkenalan dan pembentangan latar belakang fakulti oleh Ts. Dr. Hanida Binti Abdul Aziz, pengenalan kepada Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Dr. Nurud Suria Suhaimi, pengenalan kepada Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian oleh Dr. Mohd Shahril Bin Abu Hanifah, penerangan kepada Program Sarjana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Dr. Junaidah Binti Zakaria, dan penerangan mengenai Program ISTeSHE 2024 oleh Dr. Norhidayah Binti Abdull. Sesi diteruskan dengan perbincangan mengenai kerjasam kedua-dua pihak dari segi co-lecturing, promosi Program ISTeSHE 2024, promosi program OSH di UMPSA, dan kerjasama penyelidikan. Sesi kunjungan diakhiri dengan pemberian cenderamata dan sesi bergambar pada pukul 4.30 petang.


Print   Email