FIST UMPSA

News & Events

LAWATAN INDUSTRI KE IKOP, IIUM KUANTAN PERKAYA PEMBELAJARAN PELAJAR BIOMANUFACTURING

LAWATAN INDUSTRI KE IKOP, IIUM KUANTAN PERKAYA PEMBELAJARAN PELAJAR BIOMANUFACTURING

Kuantan, 12 Disember 2025 – Seramai 31 orang pelajar kursus BSB3503 Biomanufacturing telah menyertai lawatan industri ke International Institute for Halal Research and Training (IKOP) di International Islamic University Malaysia Kuantan bagi memperkukuh pembelajaran berasaskan pengalaman dan pendedahan industri sebenar.

Lawatan ini bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap aplikasi konsep biomanufacturing dalam konteks industri dan penyelidikan, khususnya berkaitan pembangunan serta pematuhan produk halal. Pelajar telah menerima taklimat mengenai peranan IKOP sebagai pusat penyelidikan dan latihan halal yang menyokong industri bio, makanan dan farmaseutikal.

Selain itu, pelajar dibawa melawat kemudahan makmal dan fasiliti berkaitan bagi memahami aliran proses biomanufacturing, kawalan kualiti, serta keperluan pematuhan piawaian seperti Good Manufacturing Practice (GMP) dan pensijilan halal. Sesi interaksi bersama pegawai IKOP memberi peluang kepada pelajar memahami cabaran sebenar industri. Secara keseluruhan, lawatan ini berjaya menghubungkan teori dan amalan, sekali gus meningkatkan kefahaman, keyakinan dan kesediaan pelajar menghadapi alam pekerjaan.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang