Previous Next

Lawatan Kerja Rasmi bagi Penawaran Program Ijazah Dual di Fakultas Kesehatan Masyarakat, Universitas Indonesia, Indonesia.

Delegasi dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli (Dekan FSTI) dan delegasi telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Fakultas Kesehatan Masyarakat (FKM), Universitas Indonesia (UI). Delegasi terdiri daripada Ts. Dr. Lee Khai Loon (Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Startegik Akademik), Ts. Dr. Hanida Abdul Aziz (Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Dr. Mohd Shahril Abu Hanifah (Ketua Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), dan Dr. Mirta Widia (Ahli Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa FSTI).

Hadir menyambut delegasi UMPSA adalah Prof. Dr. Mondastri Korib Surdaya (Dekan FKM), Prof. Madya Dr. Milla Herdayati (Timbalan Dekan FKM), dan barisan tenaga pengajar dan staf pentadbiran FKM, UI.

Lawatan rasmi ini merupakan gerak kerja bagi kerjasama strategik akademik bagi penawaran Ijazah Dual bagi Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Sesi lawatan ini telah membincangkan perancangan terperinci mengenai penawaran program ijazah dual di UMPSA melibatkan mod penawaran, struktur kurikulum, mekanisma penerimaan pelajar dan keperluan yang diperlukan antara kedua-dua universiti.

Delegasi UMPSA turut melawat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan juga fasiliti makmal yang ada di FKM, UI. Pada akhir lawatan, kedua-dua universiti bersetuju untuk membentuk pasukan kerja bersama bagi merumuskan butiran teknikal dan pentadbiran program ijazah dual ini. Kesepakatan ini menandakan langkah penting ke arah kerjasama yang lebih erat antara Universitas Indonesia dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

 

Berita disediakan oleh:

Dr. Mohd Shahril bin Abu Hanifah

Ketua Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, FSTI


Print   Email