Lawatan Penandaarasan FIST EKSA ke Fakulti Pengurusan Industri
Lawatan Penandaarasan EKSA ke Fakulti Pengurusan Industri
31 Mei 2025 | Fakulti Pengurusan Industri
Pada 13 Mei 2025, pasukan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) Zon Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah mengadakan lawatan penandaarasan EKSA ke Fakulti Pengurusan Industri (FPI). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan terhadap amalan terbaik EKSA yang telah dilaksanakan dengan berkesan di fakulti berkenaan, sekaligus menjadi rujukan dan inspirasi bagi penambahbaikan pelaksanaan EKSA di FSTI. Rombongan FSTI telah disambut mesra oleh Jawatankuasa EKSA Zon FPI iaitu Dr Ahmad Huzaimi Abd Jamil, Puan Halimah Saleh dan Dr Nur Sofia Alimin.
Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan pengurusan EKSA di FPI. Setelah bertukar-tukar pendapat selama sejam, delegasi EKSA Zon FSTI dibawa melawat ke beberapa kawasan tumpuan seperti ruang pejabat, bilik mesyuarat, sudut EKSA FPI, dan kawasan sekeliling fakulti.
Sepanjang lawatan, beberapa amalan terbaik telah dikenal pasti, antaranya ialah pengurusan dokumen yang teratur, pelabelan dan penandaan yang kemas dan konsisten, aktiviti-aktiviti yang dilakukan serta pendekatan dalam penyampaian maklumat berkaitan EKSA. Lawatan ini turut membuka ruang kerjasama dan pertukaran idea antara kedua-dua fakulti, sejajar dengan matlamat untuk memperkukuh budaya kerja yang lebih sistematik, kemas dan kondusif.
Lawatan ini telah dikoordinasikan oleh Puan Anida Abdullah selaku Penyelaras Utama bersama Ts. Dr. Nurul 'Azyyati Sabri dan wakil daripada Unit Audit Dalaman iaitu Puan Nor Asyikin Basharuddin dan Puan Nurul Nadiah Hamidon yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan lawatan ini. Diharapkan hasil lawatan ini akan memberi impak positif terhadap pelaksanaan EKSA di FSTI pada masa akan datang.