MAJLIS SYARAHAN UMUM PROFESOR KONGSI KEPAKARAN TEKNOLOGI PEMANGKIN INDUSTRI MASA HADAPAN DAN SISTEM PENYIMPANAN TENAGA MAMPAN
5 Disember 2024 | Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐔𝐌 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐎𝐑 𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui penyelarasan Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Teknologi dan Industri (FSTI) bertempat di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang.
Majlis Syarahan Umum Profesor hari ini menampilkan Profesor ChM. Dr. Mohd Hasbi Bin Ab Rahim yang menyampaikan syarahan yang bertajuk “Teknologi Pemangkinan: Pemudahcara Sektor Industri Kini Dan Masa Hadapan” dan Prof. ChM. Dr. Chong Kwok Feng dengan syarahan yang bertajuk “Sistem Penyimpanan Tenaga Mampan: Superkapasitor”.
Menurut Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Prof Madya Dr Aizi Nor Mazila binti Ramli, Majlis Syarahan Umum Profesor ini adalah satu platform yang amat bermakna dalam institusi akademik.
"Ia bukan sahaja memberikan peluang untuk para akademik dan masyarakat mendengar kupasan ilmu yang bernilai tinggi, tetapi juga menjadi lambang kepada keunggulan bidang keilmuan dan penyelidikan yang diterajui oleh para profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Industri, UMPSA", katanya.
Menurutnya lagi, Majlis Syarahan Umum Profesor hari ini menampilkan Profesor ChM. Dr. Mohd Hasbi Bin Ab. Rahim yang merupakan seorang ahli akademik dan penyelidik yang cemerlang dalam bidang Pemangkin dan Tindak Balas Kimia, serta Pembangunan dan Formulasi Bahan Termaju dan Bahan Kimia.
"Kepakaran dan kecemerlangan beliau diiktiraf di peringkat global apabila disenaraikan dalam kalangan 2% Saintis Terbaik di Dunia berdasarkan laporan Universiti Stanford melalui pangkalan data Elsevier/Scopus".
"Beliau juga telah mencatatkan pencapaian luar biasa dengan menerbitkan salah satu jurnal paling berprestij dan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia. Selain itu, Profesor ChM. Dr. Mohd Hasbi telah berjaya memperoleh geran penyelidikan yang dibiayai oleh Suruhanjaya Eropah", katanya.
Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Prof Madya Dr Aizi Nor Mazila binti Ramli turut memperkenalkan Profesor ChM. Dr. Chong Kwok Feng yang merupakan seorang ahli akademik dan penyelidik yang tersohor dalam bidang Elektrokimia.
"Beliau telah menerbitkan lebih daripada 100 artikel penyelidikan dalam pangkalan data Web of Science dengan jumlah sitasi melebihi 5,000, mencerminkan impak besar penyelidikannya di peringkat global.
"Selain penglibatannya dalam penyelidikan, Profesor ChM. Dr. Chong Kwok Feng aktif dalam menyumbang kepada badan profesional, khususnya Institut Kimia Malaysia (IKM). Beliau merupakan salah seorang pengasas IKM Cawangan Pahang pada tahun 2019, menunjukkan dedikasi beliau dalam memperkasa bidang kimia di peringkat tempatan.
"Di peringkat antarabangsa, Profesor ChM. Dr. Chong telah diundi sebagai Anggota Bersekutu dalam Bahagian I IUPAC (Kimia Fizikal dan Biokimia) untuk tempoh 2022 hingga 2025, suatu pencapaian yang mengukuhkan lagi reputasinya sebagai seorang saintis yang disegani", ujarnya.
Majlis menyaksikan Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Aida bin Mustapha melancarkan gimik perasmian buku “Teknologi Pemangkinan: Pemudahcara Sektor Industri Kini Dan Masa Hadapan” oleh Profesor ChM. Dr. Mohd Hasbi Bin Ab. Rahim dan buku “Sistem Penyimpanan Tenaga Mampan: Superkapasitor” oleh Prof. ChM. Dr. Chong Kwok Feng.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Ir Ts Dato Dr Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Ts Dr Mohamad Rusllim Mohamed, Penyelaras DUN Lepar mewakili Ahli Parlimen Paya Besar, Encik Muhammad Mustaqim Bin Zakaria, Pengerusi Institut Kimia Pahang, Profesor Madya. ChM Dr Awis Sukarni Bin Mohmad Sabere, barisan dekan fakulti, ketua-ketua jabatan dan pengarah.
Hampir 350 orang menghadiri majlis syarahan umum pada hari ini terdiri dari warga universiti dan juga jemputan luar antaranya pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, pelajar dari Akademi Menara Gading dari dua buah sekolah iaitu SMK Gambang dan SMK Padang Garuda, Kolej Poly-Tech Mara Kuantan, Kolej Matrikulasi Pahang serta wakil-wakil industri.
#umpsasharing
#UMPSAMalaysia
#fistumpsa
#UMPSA
#jommasukfistumpsa