FIST UMPSA

View by Category

FSTI Bincang Pengiktirafan Program OSH Bersama JKKP

4 Jun 2026 | Putrajaya

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Putrajaya. Delegasi UMPSA diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli, Dekan FSTI, dan telah disambut oleh Tuan Haji Supian bin Alias, Pengarah Bahagian Keselamatan Industri, JKKP.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan permohonan pengiktirafan JKKP terhadap Program Sarjana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) UMPSA, di samping memaklumkan mengenai penawaran Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) UMPSA secara Work-Based Learning (WBL) 2.0.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Prof. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab, Pengarah Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik; Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Ashry bin Jusoh, Ketua Jabatan Pengajian Siswazah Sains Gunaan; Dr. Mohd Shahril bin Abu Hanifah, Ketua Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; Encik Abdul Rahman bin Ahmad, Pengurus Fakulti; serta Encik Shahril bin Sulaiman, Ketua Seksyen Pengiktirafan Peperiksaan dan Persijilan, bersama pegawai-pegawai JKKP yang lain.

Turut serta dalam kunjungan ini ialah wakil Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), iaitu Leftenan Kolonel Dr. Siti Haizam binti Mohd Zin, Pegawai Staf 2 Pendidikan (R&D), Sel Pendidikan Tentera Darat, Bahagian Sumber Manusia (G1), Markas Tentera Darat.

Kunjungan hormat ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara UMPSA, JKKP dan MINDEF dalam usaha memperkasakan pendidikan serta pembangunan profesional dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang