Sesi Perbincangan Penawaran Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Secara Work-Based Learning (WBL) 2.0 Bersama MINDEF
4 Jun 2026 | Putrajaya
Satu sesi perbincangan berkaitan penawaran Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara Work-Based Learning (WBL) 2.0 melalui kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah diadakan di Hotel Zenith, Putrajaya.
Perbincangan ini bertujuan menyelaras proses pemetaan bagi Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DRO), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI). Proses pemetaan tersebut dilaksanakan berdasarkan pengalaman kerja anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan diiktiraf dan dipadankan dengan keperluan kelayakan pendidikan tinggi oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).
Sesi perbincangan ini diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli, Dekan FSTI, dan turut dihadiri oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab, Pengarah Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik; Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Ashry bin Jusoh, Ketua Jabatan Pengajian Siswazah Sains Gunaan; Dr. Mohd Shahril bin Abu Hanifah, Ketua Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; serta Encik Abdul Rahman bin Ahmad, Pengurus Fakulti.
Pihak MINDEF pula diwakili oleh Leftenan Kolonel Dr. Siti Haizam binti Mohd Zin, Pegawai Staf 2 Pendidikan (R&D), Sel Pendidikan Tentera Darat, Bahagian Sumber Manusia (G1), Markas Tentera Darat.
Perbincangan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara UMPSA dan MINDEF dalam menyediakan laluan pendidikan tinggi yang lebih fleksibel kepada anggota ATM melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman kerja serta pengiktirafan pembelajaran terdahulu (RPL).
