FIST UMPSA

View by Category

FSTI Laksana Audit Dalaman EKSA Bil.1/2026 Perkukuh Budaya Kerja Berkualiti dan Sistematik

23 April 2026 | UMPSA Gambang

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan Audit Dalaman EKSA Bil.1/2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan pematuhan terhadap pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Audit ini merupakan pelaksanaan sulung bagi tahun 2026 yang diselaraskan oleh Puan Anida, bersama barisan auditor yang terdiri daripada Ir. Ts. Nik Mohd Zaitul Akmal Mustapha, Cik Nur Umirah Abu Kassim dan Cik Leong Hui Theng. Tujuan audit ini adalah untuk menilai tahap pematuhan pelaksanaan EKSA di samping memperkukuh amalan budaya kerja yang lebih sistematik, kondusif dan berkualiti dalam persekitaran fakulti.

Sepanjang audit dijalankan, pemeriksaan meliputi beberapa lokasi utama termasuk bilik pensyarah, bilik fail, tandas, ruang menunggu, makmal FSTI serta sudut EKSA, bagi memastikan setiap ruang memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Maklum balas yang diperoleh daripada pihak auditor, termasuk teguran dan cadangan penambahbaikan, diharapkan dapat dijadikan panduan berterusan dalam meningkatkan tahap pematuhan EKSA serta memperkukuh persekitaran kerja yang lebih efisien, tersusun dan cemerlang.

Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen FSTI dalam membudayakan persekitaran kerja yang berkualiti dan selari dengan standard pengurusan yang ditetapkan di peringkat universiti.

Disediakan oleh:
JK Promosi
EKSA FSTI

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang