FIST UMPSA

View by Category

Pensyarah FSTI Terbitkan Modul Khas Buat Pengusaha Kecil Kuantan

Pensyarah FSTI Terbitkan Modul Khas Buat Pengusaha Kecil Kuantan

24 April 2026 | UMPSA Gambang

Fakulti Sains Industri dan Teknologi (FSTI) menerusi gandingan Ts. Dr. Azizan Ramli dan ChM. Dr. Nazikussabah Zaharudin, bersama dua orang rakan kolaborasi dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) serta Pusat Sains Kemanusiaan (PSK), telah berjaya menerbitkan "Modul Pengurusan Halal bagi Pengusaha Kecil Premis Makanan dan Minuman".

Modul komprehensif ini merangkumi aspek fiqh halal, sistem halal bersepadu, serta tatacara permohonan sijil halal bagi membimbing pengusaha kecil ke arah pematuhan yang lebih sistematik. Keberkesanan modul ini terbukti apabila ia telah digunakan sebagai bahan latihan utama kepada lebih 200 pengusaha kecil di sekitar Kuantan melalui kerjasama strategik dengan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Inisiatif ini diyakini mampu memberi impak positif yang besar, khususnya dalam memperkasakan ekonomi pengusaha tempatan serta menjadi sumber rujukan utama buat individu yang ingin mendalami seluk-beluk pengurusan halal secara praktikal.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang