FIST UMPSA

View by Category

HARI INDUSTRI AKADEMIA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI) 2026

22 April 2026 | Kuantan, Pahang

Telah berlangsung Hari Industri-Akademia 2026 bertempat di Adena Beach Resort yang mana program ini telah berjaya menghimpunkan seramai 30 wakil industri yang terdiri daripada 18 industri dan 50 pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI).

Antara industri yang hadir program ini ialah Petronas Chemicals MTBE Sdn. Bhd., W.R Grace Specialty Chemicals (M) Sdn. Bhd., Kaneka Malaysia Sdn. Bhd., Lynas Malaysia Sdn. Bhd., Metairflow R&D Sdn. Bhd , SMC Water Tanks Sdn. Bhd., Nextgreen Global Berhad, Jauhari Permai Resources Sdn. Bhd., MTA Laboratory Sdn. Bhd., BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd., Lembaga Koko Malaysia, SD Guthrie Berhad, Medika Natura Sdn. Bhd., CJ Bio Malaysia Sdn. Bhd., Vantris Energy Berhad, Petroliam Nasional Berhad, ZF Chassis Systems Sdn. Bhd. dan BI Technologies Corporation Sdn. Bhd.

Program ini yang bertemakan Shaping Tomorrow: Industry, Academia & Future Talent telah menjadi platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara akademia dan industri, selari dengan aspirasi universiti dalam memperkasa ekosistem penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.

Hari Industri-Akademia 2026 telah dirasmikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Aizi Nor Mazila Ramli selaku Dekan FSTI dengan kehadiran ahli pengurusan fakulti dan para pensyarah yang komited dalam menjalinkan kerjasama strategik bersama industri menggunakan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang