FIST UMPSA

View by Category

Pensyarah FSTI Dilantik sebagai Penasihat Projek Inovasi SMK Gudang Rasau

21 April 2026 | Kuantan, Pahang

Sejak Januari 2026, seorang pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dilantik sebagai penasihat projek inovasi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau.

Pelantikan ini melibatkan peranan dalam membimbing kumpulan inovasi pelajar sekolah tersebut dalam pembangunan produk inovasi mereka, iaitu LovaMist, sejenis spray anti-kemuncup yang dibangunkan sebagai penyelesaian praktikal kepada masalah harian.

Sepanjang tempoh pelantikan, beberapa siri sesi bimbingan telah dilaksanakan bagi memperkukuh aspek pembangunan produk, termasuk penambahbaikan formulasi, kefahaman konsep saintifik serta penyediaan dokumentasi projek inovasi.

Siri bimbingan terkini memberi tumpuan kepada persediaan audit Program Eco-School, di mana pelajar dibimbing dalam aspek pembentangan projek, pematuhan kriteria penilaian serta pengukuhan elemen kelestarian dalam produk yang dihasilkan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen FSTI dalam memperluas peranan akademia ke peringkat sekolah, khususnya dalam memupuk budaya inovasi dan pemikiran saintifik dalam kalangan pelajar.

Kolaborasi ini diharapkan dapat memberi impak positif dalam memperkasakan bakat muda serta menyokong pembangunan inovasi berasaskan sains dan teknologi di peringkat sekolah.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang