FIST UMPSA

View by Category

Latihan Environmental Aspect Impact Perkukuh Kompetensi Pengurusan Alam Sekitar di DRB-HICOM Automotive Complex

15 Julai 2026 | Pekan, Pahang

Seramai 25 peserta daripada HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menyertai Latihan Environmental Aspect Impact (EAI) yang bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai pengenalpastian aspek dan impak alam sekitar serta pelaksanaan Environmental Aspect Impact (EAI) Register selaras dengan keperluan sistem pengurusan alam sekitar.

Program bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan empat modul utama yang merangkumi pengenalan kepada Environmental Aspect Identification, keperluan ISO 14001:2015 berkaitan aspek alam sekitar, kaedah penilaian aspek dan impak alam sekitar, serta pembangunan Environmental Aspect Impact Register.

Pada sesi petang, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menjalani latihan amali berasaskan situasi sebenar operasi industri. Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti aspek dan impak alam sekitar, seterusnya menyediakan Environmental Aspect Impact Register (EAI Register) sebelum membentangkan hasil perbincangan untuk mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan daripada panel penceramah.

Latihan ini dikendalikan oleh tiga orang penceramah daripada Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), iaitu Dr. Nor Ashikin Sopian, Dr. Norhidayah Abdull dan Dr. Afiza Abdullah Suhaimi, yang berkongsi kepakaran dalam bidang pengurusan alam sekitar, penilaian impak alam sekitar serta pelaksanaan sistem pengurusan ISO 14001:2015.

Melalui latihan ini, para peserta berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam mengenal pasti aspek serta impak alam sekitar di tempat kerja. Pendedahan tersebut diharap dapat membantu organisasi memperkukuh pematuhan terhadap keperluan perundangan, meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan alam sekitar serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan ke arah operasi yang lebih lestari.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang