Pensyarah FSTI Cemerlang dalam Penerbitan Ilmiah Suku Pertama 2026
14 April 20206 | UMPSA Gambang
Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada para pensyarah FSTI atas kejayaan menghasilkan penerbitan ilmiah bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, berdasarkan rekod pangkalan data SCOPUS.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan warga akademik FSTI dalam memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi serta penyebaran ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Kejayaan ini juga selaras dengan usaha fakulti dalam meningkatkan visibiliti penyelidikan dan memperkukuh reputasi FSTI sebagai peneraju dalam bidang sains dan teknologi industri.
Pihak fakulti berharap pencapaian ini akan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam kalangan warga akademik, serta menggalakkan lebih banyak penerbitan berkualiti tinggi pada masa hadapan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pensyarah yang terlibat atas pencapaian yang membanggakan ini.
