FIST UMPSA

View by Category

Prof. Madya Ts. Dr. Rasidi Roslan Raih “Best of the Best Award” di CITREX 2026

6-7 Mei 2026 | UMPSA Gambang

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mengharumkan nama universiti apabila Prof. Madya Ts. Dr. Rasidi Roslan berjaya meraih Pingat Emas dan anugerah tertinggi “Best of the Best Award” sempena 16th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2026 yang berlangsung pada 6 hingga 7 Mei 2026 di Kompleks Sukan UMPSA Gambang.

Kejayaan tersebut diperoleh menerusi inovasi bertajuk:

“Green UV-Curable and Self-Healing Lignin-Based Coating Aerosol Paint for Automotive Application.”

Inovasi ini memfokuskan kepada pembangunan cat aerosol berasaskan lignin yang mesra alam, mempunyai ciri UV-curable dan keupayaan self-healing bagi aplikasi automotif. Pembangunan teknologi ini dilihat berpotensi dalam menyokong penggunaan bahan mampan serta meningkatkan ketahanan permukaan salutan dalam industri automotif.

Pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi warga FSTI dalam menghasilkan teknologi berimpak tinggi yang selari dengan agenda kelestarian dan pembangunan teknologi hijau.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Assoc. Prof. Ts. Dr. Rasidi Roslan atas kejayaan yang membanggakan ini serta atas sumbangan beliau dalam memperkasa budaya inovasi dan penyelidikan di UMPSA.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang