FIST UMPSA

View by Category

Sesi Penutupan Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh MQA bagi Program Sarjana Sains dan Doktor Falsafah FSTI

21 Ogos 2026 | UMPSA Gambang

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah selesai menjalani Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) bagi Program Sarjana Sains (NEC 0510) dan Doktor Falsafah (NEC 0510 dan NEC 0530).

Sesi penilaian yang berlangsung selama empat hari, iaitu pada 17 hingga 18 Ogos dan 20 hingga 21 Ogos 2026, merupakan proses penting dalam memastikan pelaksanaan program akademik di FSTI memenuhi standard dan kriteria kualiti yang ditetapkan oleh MQA.

Sepanjang lawatan penilaian, pelbagai sesi perbincangan dan semakan telah dilaksanakan meliputi aspek pengurusan dan tadbir urus akademik, kurikulum, kaedah penilaian pelajar, staf akademik, serta kemudahan dan prasarana yang menyokong aktiviti akademik dan penyelidikan.

Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi penutupan pada 21 Ogos 2026 yang menjadi sebahagian daripada keseluruhan proses penilaian akreditasi penuh program berkenaan.

FSTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga fakulti atas kerjasama, komitmen dan dedikasi yang diberikan sepanjang proses penilaian berlangsung. Usaha berterusan ini diharapkan dapat memperkukuh kecemerlangan akademik serta memastikan program yang ditawarkan sentiasa memenuhi standard kualiti pendidikan tinggi yang ditetapkan.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang