FIST UMPSA

View by Category

EON Kongsi Pengalaman Membina Kerjaya SHE Bersama Pelajar OSH UMPSA

5 Oktober 2026 | UMPSA Kampus Paya Besar

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Pusat Kerjaya UMPSA telah menganjurkan Sesi Perkongsian Kerjaya dan Libat Urus Industri bersempena Hari Kerjaya UMPSA 2026.

Program ini melibatkan seramai 170 pelajar tahun akhir program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dengan penglibatan wakil industri daripada Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON). Penganjurannya bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya, perkembangan industri serta kompetensi yang diperlukan dalam bidang OSH.

Antara pengisian utama ialah forum “How I Built My SHE Career” yang disampaikan oleh Eyas Mohd Luqman bin Abdul Rahman, Head of Safety, Health & Environment, EON, dari jam 9.30 hingga 10.30 pagi.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau berkongsi pengalaman membina kerjaya dalam bidang Safety, Health & Environment (SHE), perkembangan kerjaya serta kemahiran dan kompetensi yang diperlukan untuk menjadi profesional OSH. Sesi ini turut memberi peluang kepada pelajar memahami jangkaan industri dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum memasuki alam pekerjaan.

Penganjuran sesi ini menjadi platform untuk merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dengan keperluan sebenar industri, di samping memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan pengamal industri.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen FSTI dalam memperkukuh hubungan universiti–industri serta meningkatkan kesediaan kerjaya pelajar bagi melahirkan graduan OSH yang kompeten dan mampu memenuhi keperluan industri.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang