Previous Next

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN (TOT) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) 2024

Pada 8 Jun 2024, bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan sukan Temasya Olahraga Tahunan (TOT). TOT merupakan acara tahunan terbesar yang dilakukan oleh UMPSA bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan mahasiswa dalam pengurusan sukan dan acara, mengeratkan hubungan antara mahasiswa serta menyumbang kepada penggalakan gaya hidup sihat. Temasya ini melibatkan penyertaan dari setiap pusat fakulti pengajian termasuk Fakulti Industri Sains dan Teknologi (FIST). Melalui aktiviti temasya sukan yang dilakukan ini, ia dapat membantu mahasiswa mengekalkan gaya hidup sihat di samping waktu belajar apabila menetap dan melanjutkan pelajaran di UMPSA.


Pemilihan olahraga Fakulti FIST telah dilakukan oleh kelab SCITEXS sebelum TOT dilangsungkan. Tatacara temasya sukan ini telah berlangsung bermula pada 9 pagi sehingga 6 petang. Dengan sekitar 261 peserta, sebanyak 5 aktiviti telah berjaya dilaksanakan seperti acara larian 100 meter, lontar peluru, merejam lembing, lempar cakera dan lompat jauh. Pada sesi pertama, aktiviti sukan telah dilangsungkan ialah acara larian 3000 meter, 5000 meter, 400 meter, 4 x 100 meter dan lontar peluru. Para peserta dibenarkan untuk berehat sekitar jam 12 tengah hari sehingga 2.15 petang sebelum acara sesi kedua dimulakan pada jam 2.30 sehingga 5.10 petang. Antara aktiviti yang dilangsungkan pada sesi kedua ialah lempar cakera, lompat jauh, acara larian 800 meter, 200 meter, 400 meter dan 1500 meter.


Temasya sukan TOT diakhiri dengan majlis penutup iaitu majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang pada jam 5.30 petang. Kedudukan 3 teratas disandang oleh fakulti FTKMA, FIST dan FTKA. FTKMA mendapat tempat pertama dengan memperoleh pingat sebanyak 8 emas, 2 perak dan 6 gangsa. Manakala fakulti FIST mendapat tempat kedua iaitu memperoleh pingat sebanyak 4 emas, 5 perak dan 1 gangsa. Tempat ketiga dimenangi oleh Fakulti FTKA dengan memperoleh 4 emas, 3 perak, 3 gangsa. Tidak dinafikan bahawa Program Olahraga Tahunan ini telah menarik ramai perhatian dan penyertaan pelajar fakulti FIST UMPSA. Tenaga dan semangat anda menjadikan program ini benar-benar istimewa.


Print   Email