FIST UMPSA

Dual Degree with Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU), Kazakhstan

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN BIOTEKNOLOGI INDUSTRI DENGAN KEPUJIAN , UMPSA

  • Bioteknologi industri adalah bidang sains gunaan yang memanipulasi organisma hidup dan komponennya untuk menghasilkan produk dalam pelbagai sektor industri.
  • Program ini telah diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 2013.
  • Program ini mensasarkan untuk memupuk modal insan dengan mentaliti kelas pertama di dalam budaya yang kaya dengan unsur kreativiti dan inovasi.

BACHELOR OF TECHNICS AND TECHNOLOGY – BIOTECHNOLOGY, KazNARU

  • Program ini diakreditasi oleh Accreditation, Certification, and Quality Assurance Institute (ACQUIN), Jerman
  • Program akademik pendidikan tinggi di Universiti Awam Kazakhstan adalah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dibawah persetujuan perjanjian bersama kedua-dua negara pada tahun 2012.
  • Ditempatkan dalam QS Ranking: #641 – 650.

KELEBIHAN PROGRAM

  • Mendapat 2 skrol ijazah daripada UMPSA dan KazNARU.
  • Merupakan program dual ijazah sarjana muda pertama dijalankan antara Institusi Awam di Malaysia dan Institusi Awam di Kazakhstan.
  • Pelajar hanya perlu mengikuti pengajian di KazNARU untuk tempoh 1 tahun, dan selebihnya menjalani pengajian selama 3 tahun di UMPSA.
  • Pelajar berpeluang menjalani gaya pendidikan yang berbeza.
  • Berpeluang menyelami pengalaman, persekitaran dan budaya baharu yang berbeza dengan Malaysia.
  • Meningkatkan prospek kerjaya. 
  • Indeks kebolehpasaran graduan melebihi 95% untuk tiga tahun berturut-turut bagi program Bioteknologi Industri UMPSA, dengan 80% graduan bekerja di syarikat multinasional (MNC).
  • Latihan industri selama 6 bulan pada semester terakhir pengajian bagi memperoleh kemahiran sebelum memasuki pasaran pekerjaan.
  • Structured Early Industrial Exposure Program (SEIEP) ditawarkan pada cuti semester untuk memberi pengalaman bekerja di persekitaran industri sebenar bagi pelajar yang berminat.
Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang