Bengkel Pentaksiran & Penilaian berdasarkan Outcome based education (OBE).
Bengkel Pentaksiran & Penilaian berdasarkan Outcome based education (OBE) anjuran Jawatankuasa Akademik (Jaminan Kualiti) dan Jawatankuasa Akademik (Peperiksaan, IMS, Jadual) dibawah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah diadakan pada 1 Ogos 2024 bermula jam 9.00 pagi sehingga 5 petang yang berlangsung di WDK-12. Program ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Dekan Fakulti, Profesor Madya Dr Aizi Nor Mazila binti Ramli. Turut hadir Timbalan Dekan (Akdemik & Hal Ehwal Pelajar), Ts Dr Hanida binti Abdul Aziz, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) serta para pensyarah dari semua program. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan Kemahiran para pensyarah dalam menilai dan menaksir pelajar berdasarkan prinsip OBE.
Penceramah jemputan, Ts. Dr. Muhammad Hafiz Bin Mazwir, memulakan slot pertama dengan seminar mengenai pentaksiran dan penilaian berdasarkan OBE. Seminar yang berlangsung selama hampir satu jam ini memberikan pencerahan mengenai konsep OBE dan bagaimana ia boleh diterapkan dalam proses pembelajaran dan penilaian kepada program.
Aktiviti seterusnya berlangsung dengan sesi taklimat ringkas oleh Cik Nur Syafiqah binti Fauzan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan secara parallel sepanjang bengkel. Pecahan kelas diberikan mengikut program. Para peserta bengkel dibahagikan beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti pentaksiran dan pembentangan berdasarkan sampel dokumen penilaian berpandukan borang vetting yang telah disediakan. Antara sampel dokumen yang terlibat adalah ujian, tugasan, kuiz, dan ujian praktikal dan bertulis (makmal).
Bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kemahiran para pensyarah dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian yang lebih efektif dan berkesan sesuai dengan prinsip-prinsip Outcome Based Education (OBE). FSTI komited untuk terus menyediakan latihan dan bengkel sebegini dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan pembelajaran di universiti.
Berita disediakan oleh:
Nur Fazhilah binti Abdul Razak
JK Qualiti & JK Peperiksaan Fakulti