FIST UMPSA

News & Events

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) terima kunjungan lawatan koloborasi oleh Namangan State Technical Universiti (NTSU)

3 September 2025 | UMPSA Kampus Gambang

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima Lawatan Kolaborasi daripada Namangan State Technical University (NSTU) yang diketuai oleh Profesor Dr. Abdullaziz Abdukarimov, Profesor, NSTU selaku Ketua Delegasi bersama Mr. Nishonov Azizbek, Guru Pengajar NSTU dan Mr. Bokiyev Sohibjon, Pelajar PhD, NSTU yang dilihat sebagai permulaan dan langkah awal bagi menjalin kerjasama strategik dalam bidang akademik dan penyelidikan di samping mewujudkan peluang inovasi dan penyelidikan antara kedua-dua belah pihak.

Delegasi NSTU yang disambut oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli selaku Dekan FSTI bersama barisan Ahli Pengurusan FSTI yang terdiri daripada YBrs. Ts. Dr. Azizan Bin Ramli, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Pascasiswazah) FSTI, YBrs. Ts. Dr. Muhammad Hafiz Bin Mazwir, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FSTI, YBrs. Dr. Kamrul Fakir Bin Kamarudin, Ketua Teknikal FSTI, YBrs. Dr. Nurul Huda Binti Abu Bakar selaku Ketua Program Teknologi Bahan FSTI, Profesor Madya Dr. Ahmad Salihin Bin Samsudin Ketua Kluster (Functional Advanced Materials) serta Encik Abdul Rahman Ahmad, Pengurus FSTI bagi tujuan diskusi berkaitan akademik dan penyelidikan yang kemudiannya dibawa ke Makmal FSTI bagi tujuan lawatan ke makmal penyelidikan.

Antara agenda yang dibincangkan adalah seperti peluang kerjasama dua hala bagi tujuan penganjuran webinar dalam bidang berkaitan, Co-Lecturing serta kolaborasi dalam penganjuran persidangan FSTI. Kerjasama ini dijangka memberi impak positif terhadap reputasi FSTI dan UMPSA secara amnya di peringkat antarabangsa serta membuka lebih banyak ruang kolaborasi dalam bidang sains dan teknologi industri.

#umpsasharing
#UMPSAMalaysia
#fistumpsa
#fistumpsagemilang
#jommasukfistumpsa
#UMPSA

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang