FIST UMPSA

News & Events

Lawatan Penanda Aras Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, FSTI ke Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Cyberjaya

Lawatan Penanda Aras Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, FSTI ke Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Cyberjaya

Lawatan Penanda Aras Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri ke Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Cyberjaya

Pada 07 Julai 2025, delegasi dari Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Fakulti Sains dan Teknologi Industri telah melakukan lawatan penanda aras ke Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Cyberjaya (UoC). Lawatan penandaarasan adalah salah satu usaha untuk memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi menilai kekuatan dan ruang penambahbaikan Program OSH. Delegasi Program OSH terdiri daripada Dr. Mohd Shahril Bin Abu Hanifah, Ketua Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS), Dr. Nurud Suria Suhaimi, Ketua Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DRO), Dr. Junaidah Zakaria, Penyelaras Program Sarjana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MPS), dan Dr. Mohd Khairul Izamil Zolkefley, Penyelaras Program Separuh Masa (SBPS). Pihak UoC diwakili oleh Prof. Madya Dr. Rosli Abdul Rahman, Dekan Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan Dr. Ayuni Nabilah Alias, Timbalan Dekan Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sesi lawatan dimulakan dengan sesi perkenalan dan pembentangan latar belakang universiti, fakulti, dan Program OSH, UMPSA oleh Ketua Program BPS diikuti oleh pengenalan kepada Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UoC dan program kendalian fakulti oleh Dekan fakulti. Sesi diteruskan dengan perbincangan utama yang menumpukan kepada struktur program, proses penilaian program, dan kerjasama yang boleh dilakukan di antara kedua-dua institusi. Sesi penanda aras telah diakhiri dengan lawatan ke fasiliti UoC dan makmal pengajaran dan pembelajaran Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UoC. Lawatan penanda aras berakhir pada pukul 2.00 petang.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang