FIST UMPSA

News & Events

Lawatan Penanda Aras Kelab STC FAST UTHM ke FSTI

30 Mei 2025 | UMPSA Kampus Gambang

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐫𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐒𝐓𝐂 𝐅𝐀𝐒𝐓 𝐔𝐓𝐇𝐌 𝐤𝐞 𝐅𝐒𝐓𝐈

Kelab Sains dan Teknologi (STC), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) UMPSA. Rombongan telah diraikan oleh kelab FSTI, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Industri (SCITEXS) pada jam 9.00 pagi di Dewan Tun Teja. Seramai 21 orang pelajar kelab STC bersama penasihat kelab STC iaitu Ts. Dr. Suhadir bin Shamsuddin, juga merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FAST dan Chm. Dr. Muhammad Amir Budiman bin Pauzan. Turut bersama dalam majlis pembukaan lawatan penanda aras FAST UTHM ke FIST adalah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FSTI, Ts. Dr. Muhammad Hafiz bin Mazwir, Penasihat SCITEXS, Ts. Dr. Nurul 'Azyyati binti Sabri dan Pembantu Penasihat SCITEXS, Dr. Aishah binti Mohd Marsin.

Majlis telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada TDHEP FSTI, Ts. Dr. Muhammad Hafiz diikuti penerangan ringkas berkenaan SCITEX dan FSTI. Seterusnya majlis mempersilakan pengenalan daripada STC FAST serta ucapan aluan daripada penasihat STC FAST.

Selepas selesai sesi bergambar, delegasi UTHM meneruskan lagi program dengan sesi lawatan ke makmal FSTI. Dr. Kamrul Ariffin merangkap Ketua Pegawai Teknikal Makmal FSTI membawa rombongan UTHM melawat kawasan makmal dan lawatan high end instrument. Selesai sesi lawatan tersebut, program diteruskan dengan ice breaking, serta sesi meja bulat antara STC dan SCITEXS. Program diakhiri dengan penyerahan cenderahati daripada FSTI kepada STC FAST UTHM.

Sesi lawatan penanda aras ini dijalankan bagi meningkatkan jaringan kerjasama akademik dan teknikal antara institusi, khususnya dalam bidang penyelidikan dan perkongsian sumber.

Pihak STC FAST UTHM turut boleh mendapat inspirasi dan idea baharu dalam aspek pembangunan infrastruktur makmal, latihan keselamatan, serta pengurusan bahan kimia dan sisa makmal dari sesi lawatan makmal. Semoga dengan sesi lawatan penanda aras ini menjadi titik permulaan bagi tautan ukhuwah yang berterusan diantara universiti teknikal.

#umpsasharing

#UMPSAMalaysia

#fistumpsagemilang

#fistumpsa

#jommasukfistumpsa

#UMPSA

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang