Lawatan Penandaarasan Program Teknologi Bahan, UMPSA ke Program Sains Bahan, UKM

Lawatan Penandaarasan Program Teknologi Bahan, UMPSA ke Program Sains Bahan, UKM

22 Ogos 2024

Program Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bahan dengan Kepujian (BSP), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), UMPSA telah mengadakan lawatan penandaarasan dengan program Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bahan) di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 22 Ogos 2024. Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Program BSP, Ts. Dr. Muhammad Hafiz bin Mazwir dan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Ts. Mohamad Ashry bin Jusoh, Ts. Dr. Nurjannah binti Salim dan Ts. Dr. Farah Hanani binti Zulkifli. Delegasi daripada FSTI telah disambut oleh Ketua Program Sains Bahan UKM, Dr. Siti Aisyah binti Samsudin dan pensyarah program Sains Bahan, Prof. Chm. Ts. Dr. Chia Chin Hua.

Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan amalan baik berkaitan program akademik di UKM untuk menambahbaik program BSP. Di antara perkara yang dibincangkan adalah struktur program, proses pentaksiran kertas soalan peperiksaan akhir dan penilaian berterusan, strategi promosi program dan penambahbaikan kualiti berterusan. Sesi penandaarasan telah diakhiri dengan lawatan ke makmal pengajaran dan pembelajaran program Sains Bahan UKM pada pukul 12 tengah hari.

Berita disediakan oleh,

Ts. Dr. Muhammad Hafiz bin Mazwir


Print   Email