Lawatan Penandaarasan Program Studi Rekayasa Keselamatan Proses, Institut Teknologi Sepuluh Nopember ke Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Lawatan Penandaarasan Program Studi Rekayasa Keselamatan Proses, Institut Teknologi Sepuluh Nopember ke Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Pada 20 November 2024, delegasi dari Program Studi Rekayasa Keselamatan Proses, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) telah melakukan lawatan penandaarasan ke Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri. Delegasi ITS terdiri daripada Dr. Juwari (Wakil Dekan Fakultas Teknologi Industri dan Rekayasa Sistem), Dr. Atok Setiawan (Kepala Departemen Teknik Mesin), dan Dr. Aditya Sudiarno (Kepala Program Studi Rekayasa Sistem Proses). Sesi lawatan juga turut menjemput Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Siti Zubaidah Binti Sulaiman dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) selaku pakar dalam bidang keselamatan proses.
Mesyuarat dimulakan dengan sesi perkenalan dan pembentangan latar belakang universiti dan fakulti oleh Ts. Dr. Azizan Bin Ramli, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, diikuti oleh pengenalan kepada Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Dr. Mohd Shahril Bin Abu Hanifah, Ketua Program. Sesi diteruskan dengan pengenalan kepada program di ITS diikuti oleh perbincangan utama yang menumpukan kepada struktur program, proses penilaian program, dan kerjasama akademik dan penyelidikan yang boleh dilakukan di antara kedua-dua institusi. Sesi penandaarasan disambung dengan lawatan ke makmal pengajaran dan pembelajaran Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan makmal yang terdapat di FTKKP pada pukul 12 tengah hari. Lawatan berakhir pada pukul 1 petang dengan sesi bertukar cenderamata di antara kedua-dua pihak.
#umpsamalaysia
#umpsasharing
#fistumpsa
#UMPSA