FIST UMPSA

News & Events

Lawatan penandarasan studio iLEARN di UMPSA Gambang

24 Jun 2025 | UMPSA Kampus Gambang

Lawatan penandarasan studio iLEARN di UMPSA Gambang

Lawatan penandarasan ini dianjurkan oleh Taskforce ‘Smart Classroom’ ke studio iLEARN di UMPSA Gambang. Studio tersebut adalah di bawah kendalian Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (PSPe).  Lawatan ini disertai oleh 5 ahli Taskforce ‘Smart Classroom’ iaitu Dr Ahmad Mahfuz bin Gazali, Dr Kamrul Fakir bin Kamarudin, Dr Shoriya Aruni binti Abdul Manaf, Cik Noratiqoh binti Ab Rahim, dan Puan Dina Diyana binti Rastam Tan.

Lawatan ini bermula pada jam 4 petang di mana ahli taskforce disambut oleh En Mohd Shahri bin Mohd Akhir, Eksekutif Kanan PSPe. Beliau memberi penarangan kepada ahli taskforce berkenaan ‘Smart Classroom’. Dalam penerangan beliau, beliau berkongsi berkenaan konsep ‘Smart Classroom’, sistem audio visual yang digunakan, dan perabut yang digunakan di dalam ‘Smart Classroom’. Beliau juga berkongsi maklumat berkenaan syarikat atau pembekal yang membekalkan semua alatan berkenaan.

Setelah itu, ahli taskforce bersama-sama dengan En Mohd Shahri bint Mohd Akhir bergerak menuju FSTI Mini Theratre, cadangan lokasi ‘Smart Classroom’. Lawatan ini bertujuan untuk melihat kesesuaian bilik tersebut sebagai lokasi ‘Smart Classroom’. Tambahan pula, lawatan ini bertujuan untuk menyemak kemudahan yang sedia ada di bilik tersebut seperti sistem audio visual, perabot, penghawa dingin dan lain-lain.

Lawatan tersebut berakhir pada jam 5 petang. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada En Mohd Shahri bin Mohd Akhir dan pihak PSPe atas kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan tersebut.

#umpsasharing

#umpsamalysia

#fistumpsa

#fistumpsagemilang

#jommasukfistumpsa

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang