Previous Next

Lawatan Pengurusan Fakulti ke KV (P) Chenor

Lawatan Pengurusan Fakulti ke KV (P) Chenor

13 Mac 2023 – Satu sesi lawatan oleh pengurusan Fakulti Sains dan Teknologi Industri ke Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor telah diadakan bagi membincangkan potensi Kerjasama yang boleh dijalin. Delegasi FSTI, UMPSA diketuai oleh Dekan, Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila Binti Ramli manakala KV (P) Chenor diketuai oleh Pengarah, Ts. Anuar Bin Mat Lela telah mengadakan satu perbincangan ringkas mengenai potensi kerjasama termasuk pengambilan pelajar, penempatan Latihan Industri, perkongsian kepakaran kepada tenaga pengajar, keperluan latihan tertentu kepada pelajar dan lain-lain. Sesi perbincangan disusuli oleh sesi lawatan fasiliti.

Turut menyertai delegasi FSTI, UMPSA adalah Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal murid (Ts. Dr. Hanida Binti Abd Aziz), Ketua Program Bioteknologi Industri (Dr. Nazira Binti Mahmud) dan Ketua Program Diploma Sains Industri (Ts. Dr Farah Hanani Binti Zulkifli). Manakala pihak KV (P) Chenor turut disertai oleh Ketua Program Bioteknologi (Puan Nurul Farhana Binti Pauzi) dan tenaga pengajar Program Sijil dan Diploma Bioteknologi. Lawatan ini diharapkan menjadi titik tolak bagi Kerjasama antara FSTI, UMPSA dan KV (P) Chenor.

Disediakan oleh,

Dr. Nazira Binti Mahmud


Print   Email