LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM DIPLOMA SAINS INDUSTRI (DRS) FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)
Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Diploma Sains Industri (DRS) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selama dua (2) hari bermula 22 hingga 23 Jun 2023. Lawatan MQA pada hari pertama disambut wakil Pengurusan Universiti dan Pengurusan FSTI serta dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ir. Ts. Dr. Nurhidayah Azmy, Timbalan Pengarah, Pusat Inovasi Dan Daya Saing Akademik mewakili Pengurusan Universiti.
Sesi lawatan selama dua (2) hari berjalan dengan lancar sebagaimana atur cara ditetapkan antaranya sesi semakan dokumen program, temubual Panel Penilai dengan staf akademik, wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar DRS. Selain itu, Panel Penilai turut mengadakan lawatan fizikal ke Perpustakaan, Pusat Pengurusan Akademik dan Makmal FSTI bagi melihat fasiliti dan kemudahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar.
Panel Penilai MQA terdiri daripada Profesor Madya ChM. Ts. Dr. Wong Yee Ching dan Dr. Umi Marshida Abd hamid serta diiringi Pegawai MQA iaitu Puan Norbaizurah Abd Halim. Lawatan Penilaian berakhir jam 3:00 petang pada hari kedua dengan Sesi Penutupan yang disempurnakan oleh Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMP.
Berita disediakan oleh En. Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI.