Previous Next

Potensi Kerjasama Strategik bersama Fakultas Matematik Dan Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas Indonesia, Indonesia.

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah terus aktif dalam meneroka potensi kerjasama strategik bersama Fakultas Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), Universitas Indonesia bagi kolaborasi akademik dan penyelidikan. Delegasi UMPSA terdiri daripada Professor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli (Dekan FSTI), Ts. Dr. Lee Khai Loon (Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik), Ts. Dr. Hanida Abdul Aziz (Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Dr. Mohd Shahril Abu Hanifah (Ketua Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), dan Dr. Mirta Widia (Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa FSTI).

Menyambut kehadiran delegasi UMPSA adalah Dr. Munawar Khalil selaku Pengarah Penyelidikan dan Pengembangan, Universitas Indonesia, Timbalan Dekan FMIPA, Dr. Tito Latif Indra dan staf akademik serta pentadbiran FMIPA.

Antara agenda yang dibincangkan adalah dalam peluang untuk menjalankan kerjasama penyelidikan dalam bidang kimia, fisik, dan biologi. Selain itu, perbincangan turut meliputi penganjuran seminar bersama yang bertujuan untuk memperkaya pengalaman akademik dan penyelidikan bagi kedua-dua pihak. Pelbagai input berguna telah diperolehi bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua fakulti. Hasil perbincangan ini diharapkan dapat membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat antara UMPSA dan UI pada masa hadapan dan memberikan manfaat yang besar kepada kedua-dua universiti dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan mereka.

 

Berita disediakan oleh:

Dr, Mohd. Shahril bin Abu Hanifah

Ketua Program (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)


Print   Email