Previous Next

Potensi Kerjasama Strategik UMPSA bersama Universitas Fort De Kock, Indonesia

23 Julai 2024- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah menerima kunjungan daripada Universitas Fort De Kock yang terdiri daripada Dr. Zainal Abidin, Pengasas Yayasan Fort De Kock dan Pengurusan Tertinggi Universitas Fort De Kock iaitu Dr. Evi Hasnita, Rektor, barisan pergurusan universiti dan pelajar program Sarjana Kesihatan Awam seramai 31 pelajar.

Delegasi Universitas Fort De Kock telah disambut oleh YBhg. Lt. Kol. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Dr. Mohd Hanafiah bin Ahmad, Dekan Fakulti Pengurusan Industri dan barisan pensyarah serta pelajar pascasiswazah UMPSA.

Satu taklimat  pengenalan UMPSA yang telah disampaikan oleh  Lt. Kol. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman, pengenalan fakulti oleh Dekan FIM & FSTI. Turut diadakan satu sesi taklimat umum kluster penyelidikan Keselamatan dan Kesihatan oleh Dr. Norhidayah Binti Abdull selaku Ketua Kluster Penyelidikan Keselamatan dan Kesihatan dan sesi lawatan ke Makmal Toksikologi, Higien Industri, Ergonomik, Pencemaran Udara dan Ventilasi, FSTI.

Sesi lawatan ini membuka potensi kerjasama strategik UMPSA dan UFDK dałam program akademik dan penyelidikan yang dibincangkan dengan lebih lanjut kelak.


Print   Email