FIST UMPSA

News & Events

Program CEO@Faculty FIST Siri 1

Program CEO@Faculty FIST Siri 1

Pada 8 Mei 2025, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST) telah menganjurkan program CEO@Faculty FIST Siri 1 bertempat di Kompleks Sukan UMPSA dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini bertemakan "Graduan Gemilang, Kerjaya Gemilang" dan disertai oleh pelajar tahun 3 serta pensyarah dari FIST. Tujuan utama penganjuran adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai persediaan menghadapi alam pekerjaan serta membina kerjaya yang cemerlang selepas tamat pengajian.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Ts. Dr. Muhammad Hafiz Bin Mazwir, yang menekankan kepentingan keterlibatan pelajar dalam program yang memberi nilai tambah dan pendedahan dunia sebenar industri. Beliau turut menyatakan bahawa inisiatif seperti CEO@Faculty dapat memperkasa graduan agar lebih bersedia dan kompetitif di pasaran kerja.

Sesi diteruskan dengan perkongsian ilmu dan pengalaman oleh panel jemputan, Prof. Dean Lee, Pengarah Urusan Bcrobes Laboratory Sdn Bhd. Dalam perkongsiannya, beliau menekankan bagaimana pelajar boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang relevan selepas tamat belajar bagi memperoleh pekerjaan yang menawarkan gaji premium. Antara aspek penting yang ditekankan termasuk penguasaan kemahiran teknikal dan insaniah, kecekapan dalam komunikasi dan bahasa Inggeris, serta kepentingan membina rangkaian profesional seawal mungkin. Beliau juga menggalakkan pelajar agar aktif dalam aktiviti kokurikulum dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan sepanjang pengajian.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya memberikan impak positif kepada para peserta. Ia bukan sahaja memberi inspirasi, malah membekalkan panduan kepada pelajar tentang strategi membina kerjaya yang cemerlang. Penganjuran program seumpama ini dilihat sebagai satu langkah penting dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga bersedia untuk menyumbang secara aktif dalam dunia profesional.

#umpsasharing

#umpsamalaysia

#fistumpsa

#fistumpsagemilang

#jommasukfistumpsa

#umpsa

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang