PROGRAM COLLOQUIUM OF ACADEMIC AND RESEARCH (COAR) 2022

PROGRAM COLLOQUIUM OF ACADEMIC AND RESEARCH (COAR) 2022

     Pada 23 September 2022, satu Program Colloquium of Academic and Research (COAR) 2022 telah dijalankan secara dalam talian (Google Meet) bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program ini juga turut di kongsikan di saluran Youtube FISTUMPTV dan Facebook rasmi FSTI. 

     Objektif utama penganjuran COAR adalah bertujuan sebagai satu pelantar kerjasama permulaan di antara FSTI dan rakan dari institusi luar negara. Dua sudut penting yang akan dikupas melalui pelantar COAR adalah perbincangan akademik dan penyelidikan mengikut bidang kepakaran sepunya antara kedua-dua institusi. Selain itu, inisiatif berterusan bagi mengukuhkan kerjasama baik antara kedua-dua institusi yang bertumpukan kepada perkongsian ilmu antara ahli akademik. Program ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada inisiatif-inisiatif lain seperti penganjuran program pertukaran pelajar dan latihan industri antarabangsa, pembangunan Microcredentials (MC) bagi kursus-kursus tertentu dan kerjasama penyelidikan bertaraf antarabangsa yang menyokong Teras Strategik 1A: Graduan Holistik, dan 6A: Jaringan Industri dan Masyarakat Antarabangsa di dalam Pelan Strategik Universiti Malaysia Pahang 2021 – 2025. 

     Program ini mensasarkan golongan pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri, pensyarah dari Universitas Airlangga (UNAIR) Indonesia, pelajar pasca siswazah, pelajar pra siswazah dan ahli-ahli jawatankuasa. Program ini berjalan dengan lancar dengan adanya penceramah yang mahir dalam setiap perkongsian ilmu diantara kedua-dua buah negara dan dikukuhkan lagi dengan penglibatan dari pelajar yang aktif melontarkan soalan menunjukkan pelajar mempunyai minat dalam program ini.

Laporan disediakan oleh Pn. Nurfazhilah Binti Abdul Razak.


Print   Email