Previous Next

Sesi Kunjung Hormat UMPSA ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

Sesi Kunjung Hormat UMPSA ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
 
24 September 2024 | Putrajaya - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengadakan sesi kunjungan hormat ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). Delegasi UMPSA yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin disambut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Tuan Ir. Hj. Mohd Hatta Bin Zakaria bersama barisan pengurusannya.
 
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan), Bahrudin bin Mamat, Pengarah Bahagian Keselamatan Industri, Ahmad Nazri bin Abd Kader, Pengarah Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan, Ts. Salina binti Tukmin, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Industri, Shahrill bin Sulaiman, Ketua Unit Peperiksaan dan Persijilan serta Unit Komunikasi Korporat.
 
Kunjungan hormat delegasi UMPSA ke JKKP adalah bagi mengukuhkan hubungan sedia ada dan perbincangan potensi kerjasama baharu yang boleh dirintis di antara UMPSA dan JKKP, serta memperkenalkan kepakaran yang dimilik UMPSA dalam bidang berkaitan. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah kerjasama akademik dan penyelidikan antara UMPSA dan JKKP, perbincangan mengenai pengiktirafan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di FSTI, UMPSA, perbincangan mengenai Program Dual Ijazah KKP UMPSA dan Universitas Indonesia dan perbincangan mengenai 1st International Symposium of Technical Safety, Occupational Health and Environment 2024.
 
Turut sama Dekan Fakulti Sains Teknologi dan Industri (FSTI), Prof Madya Dr Aizi Nor Mazlia Ramli, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) FSTI, Ts Dr Hanida Abdul Aziz, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) FSTI, Ts Dr Azizan Ramli dan Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian, FSTI, Dr Mohd Shahril Abu Hanifah.
 
Foto oleh Zaffaruddin Hamzah
 

Print   Email