FIST UMPSA

News & Events

KOLOKIUM PROJEK PENYELIDIKAN AKHIR TAHUN 2024 FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI INDUSTRI, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH

Kolokium projek penyelidikan akhir merupakan acara tahunan dan syarat kokurikulum yang di anjurkan oleh Fakulti Sains & Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah adalah untuk para pelajar pascasiswazah tahun akhir fakulti FSTI. Melalui kolokium ini, para pelajar tahun akhir akan membentangkan hasil kajian dan projek penyelidikan yang telah mereka jalankan.

Bagi tahun 2024, sebanyak tiga (3) Kolokium yang telah diadakan menerusi platform online iaitu melalui Microsoft Teams. Seramai enam (6) orang pelajar tahun akhir dari tiga (3) bidang yang berbeza iaitu, Green Technology, Drug Discovery & Diagnostics & Advanced Materials telah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing menerusi kolokium tersebut.

Tujuan Kolokium ini diadalah untuk menghimpunkan dan sebagai platfom sesi perkongsian ilmu di antara para penyelidik dan pelajar tahun akhir dari pelbagai bidang bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam bidang penyelidikan dan akademik. Ia juga diharapkan dapat mewujudkan peluang untuk menyumbang kepada penemuan saintifik dan penghasilan produk inovasi baharu dalam menjana kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

Selain itu, tujuan lain adalah untuk meningkatkan keterampilan berbicara. Melalui proses kolokium ini, para pelajar dapat mempertingkatkan keterampilan berbicara di depan umum dan juga meningkatkan kemampuan komunikasi mereka.  Selain itu, ia dapat memberi inspirasi dan memotivasikan pelajar lain untuk mengeksplorasi minat akademik mereka lebih lanjut. Oleh yang demikan, ia akan meningkatkan jaringan sesama pelajar dan staf akademik yang dapat bagi pengembangan karier pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh:

Shahidatul Ramli

Sesi Ceramah Bersama Industri bagi Kursus "Occupational Safety and Health"

Pada 20 Mei 2024, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) dengan kerjasama JKK Pembangunan Pengajaran & Pembelajaran telah mengadakan sesi ceramah bersama industri bagi Kursus "Occupational Safety and Health". Kursus ini melibatkan 60 orang pelajar-pelajar Semester 2 bagi program Diploma Sains Industri, FSTI.

Sesi ceramah bersama industri ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan pelajar tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di industri berdasarkan pengalaman penceramah jemputan; Dr. Haji Taram Satiraksa Bin Wan Abdullah dalam sesi ceramah berdurasi 2 jam ini,

Dr. Hj. Taram Satiraksa Bin Wan Abdullah merupakan seorang pakar dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai HSSE Advisor di Vestigo Petroleum Sdn. Bhd. Dalam ceramah ini, beliau telah berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik berkaitan dengan OSH. Antara topik yang dibincangkan termasuk; Sejarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Malaysia, Jenis-jenis Bahaya di Tempat Kerja, Pengurusan Risiko, Investigasi Insiden dan Amalan Terbaik Pengurusan Risiko di tempat kerja.

Diharapkan sesi ceramah ini memberi manfaat kepada semua pelajar dan pengetahuan yang diperoleh akan digunakan dalam amalan harian di tempat kerja. Terima kasih kepada Dr. Hj. Taram dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

Berita disediakan oleh:

Dr. Noor Diana Binti Abdul Majid

Penyelaras Kursus

A Day of Learning at Publication Coaching Event

In Pantai Cempaka, Kuantan, on May 18, 2024, a group of 21 staff from Occupational Safety and Health research cluster gathered at Dewan Permata Camar for an inspiring event titled "Publication Coaching: From Results to Submission in 8 Hours" led by Assoc. Prof. Dr. Mohd Herwan Sulaiman. The event aimed to help participants learn how to get their writing published. Assoc. Prof. Dr. Mohd Herwan, known for his expertise and friendly approach, guided everyone through the process in a clear and easy-to-understand way, making sure no one felt left out.

The day began with a warm welcome from Ts. Dr Azizan Ramli- The Deputy Dean (Research & Postgraduate Study), setting a friendly atmosphere for learning. Attendees listened eagerly as Assoc. Prof. Dr. Mohd Herwan shared practical tips and advice on how to write research papers that get noticed. Through interactive activities and group discussions, participants got the chance to practice their writing skills and get feedback from Assoc. Prof. Dr. Mohd Herwan and their peers. By the end of the day, everyone left feeling more confident about their writing abilities and ready to take the next steps toward getting their work published.

 

News written by:

Dr Norhidayah Abdull, OSH’s Head of Research Cluster

 

PROGRAM GOTONG-ROYONG PANTAI SUNGAI ULAR, BALOK, PAHANG

Pada hari Ahad, 19 Mei 2024 telah menjadi saksi kepada satu inisiatif murni melalui Program Gotong-royong Pantai Sungai Ular, Balok, Pahang, yang dianjurkan oleh mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Program ini, yang merupakan sebahagian daripada keperluan kerja kursus DRO2743: Environmental Management and Sustainability, Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan telah berjaya mengumpulkan sukarelawan dari pelbagai fakulti untuk menyumbang kepada kebersihan pantai.

Sebanyak 16 orang pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri, 3 orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Industri, dan seorang pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam telah mengambil bahagian dalam program gotong-royong ini. Kehadiran Cik Zarifah binti Shahri, Felo Perunding Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FSTI, serta penduduk kampung termasuk En. Shamshul Azlin Bin Abdul Wahid, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Ular, turut menyuntik semangat kepada para peserta. Turut serta dalam usaha ini adalah pekerja-pekerja dari Alam Flora Sdn. Bhd., syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran laut yang mengancam ekosistem akuatik dan merosakkan keindahan alam sekitar. Aktiviti bermula seawal pukul 9 pagi dengan sesi senamrobik yang menyegarkan, diikuti dengan aktiviti utama mengutip sisa di sepanjang pantai. Dengan sokongan fakulti dan Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta, UMPSA yang menyediakan pengangkutan, program ini berjalan dengan lancar.

Program ini bukan sahaja memberikan kesedaran kepada para mahasiswa tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai dan impak negatif sisa plastik, tetapi juga mengeratkan hubungan antara peserta. Aktiviti luar kelas seperti ini memainkan peranan penting dalam mengembangkan nilai kepimpinan dan kesukarelawan di kalangan mahasiswa UMPSA.

Semangat kesepaduan dan tanggungjawab sosial yang ditunjukkan dalam program ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga alam sekitar. Pantai Sungai Ular kini bukan sahaja lebih bersih, tetapi juga menjadi simbol kerjasama erat antara mahasiswa, penduduk setempat, dan syarikat swasta dalam usaha melestarikan alam sekitar.

 

Berita disediakan oleh:

Dr. Nor Ashikin Sopian

Penyelaras Kursus DRO2743: Environmental Management and Sustainability

Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Featured

PROGRAM MOBILITI (OUTBOUND) BERKREDIT BAGI SUBJEK BTK0037 BIOLANDSCAPE DI UNIVERSITAS 'AISYIYAH YOGYAKARTA (UNISA), INDONESIA

14 Mei 2024
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Seramai 15 pelajar daripada program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dengan Kepujian, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) akan berlepas ke Yogyakarta, Indonesia bagi menyertai program Mobiliti Berkredit di  Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta (UNISA), Indonesia.

Pelajar telah mengikuti program "Virtual Mobility” yang dijalankan secara dalam talian kepada pelajar bagi kursus BTK0037 Biolandscape. Pelajar akan berada di sana selama lima hari bagi mengikuti sesi pengenalan kepada alatan/makmal dan industri berkaitan kursus yang diambil, serta mengenali lebih dekat pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan dari kampus UNISA yang terlibat.

Pelepasan pelajar mobiliti telah dilaksanakan oleh  Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli, (Dekan FIST). Turut hadiri bersama Ts.Dr. Hanida binti Abdul Aziz (Timb. Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Dr.Nazira binti Mahmud (Ketua Program BSB), dan Dr. Nor Adila binti Mhd Omar (Koordinator Program).

Semoga pelajar selamat tiba di UNISA dan dapat merasai  pengalaman akademik di sana.

 

Berita oleh: Dr. Nor Adila binti Mhd Omar 

HARI KUALITI DAN INOVASI 2024

25 April 2024 - Seramai 7 orang staf Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) yang terdiri daripada kalangan pensyarah, staf pentadbiran dan teknikal telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023. Turut menerima anugerah adalah Kumpulan Innovative-T bagi kategori Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) dengan hasil inovasi Flexi Integrated System Trolley (FIS-T). Kesemua penerima anugerah telah diraikan dalam Majlis Hari Kualiti dan Inovasi 2024 yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan, UMPSA Kampus Gambang yang dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Pengurusan Tertinggi Universiti dan Ketua Jabatan.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan semoga semua staf FSTI dapat meneruskan kecemerlangan dan prestasi bagi pembangunan fakulti.

UMPSA teroka potensi kerjasama dengan Heilongjiang University of Chinese Medicine.

18 April 2024 | Heilongjiang University of Chinese Medicine

UMPSA terus meneroka potensi kerjasama baharu dengan institusi pendidikan di China apabila mengadakan perbincangan dengan Heilongjiang University of Chinese Medicine.

Naib Canselor UMPSA, Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin hadir bertemu Profesor Guo Hong Wei, Presiden dan barisan pengurusan Heilongjiang University of Chinese Medicine dalam rangka lawatan ke China yang masuk hari kedua.

Menurut Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, antara kerjasama yang boleh dilaksanakan adalah seperti kajian dalam bidang pharmacology, dan biotechnology termasuklah kajian dalam herba-herba di Malaysia dan kesan perubatan termasuk analisis microbiome, biologi molekul dan inmunologi melalui Fakulti Sains dan Teknologi Industri.

Inisiatif ini sejajar dengan hala tuju dan bidang tujahan UMPSA itu sendiri. Turut dibincangkan adalah potensi program kerjasama dual degree, edu-tourism serta pelajar dan staf mobiliti.

Turut sama dalam perbincangan ini adalah Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli, Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Industri.

Lawatan kerja rasmi UMPSA ke Wilayah Heilongjiang di China

Memulakan hari pertama lawatan kerja rasmi ke Wilayah Heilongjiang di China, Naib Canselor UMPSA Prof. Dato’ Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin dan delegasi Malaysia telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Pendidikan Wilayah Heilongjiang, China.

Hadir menyambut ketibaan delegasi adalah Mrs Cheng Shuang, Vice Director-General of Education Department of Heilongjiang Province, Mr. Du Haijun – Director Division of Vocational and Adult Division dan Mr Sun Shijun – Director Division of Higher Education. Manakala delegasi Malaysia diketuai oleh YB Tuan Lee Chin Chen, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang.

Melalui sesi kunjungan ini, Jabatan Pendidikan Heilongjiang sangat teruja menerima delegasi pendidikan tinggi daripada Malaysia dan berharap dapat bekerjasama dengan 39 buat Institusi Pendidikan Tinggi di Heilongjiang ini.

Prof. Dato’ Yuserrie juga turut berkongsi kerjasama yang telah dan bakal terjalin dengan beberapa institusi pendidikan di China dan berharap pelajar daripada UMPSA dan Malaysia turut ditawarkan penajaan bagi melanjutkan pengajian di Heilongjiang.

Kehadiran Prof. Dato’ Yuserrie di sini adalah jemputan khas daripada Pejabat Hal Ehwal Luar dan Jabatan Pendidikan Wilayah Heilongjiang berdasarkan hubungan baik UMPSA dengan institusi pendidikan di China serta meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

Prof. Dato’ Yuserrie juga akan menyampaikan ucapan pada majlis perasmian dan “University President Roundtable Forum" bersempena Persidangan China (Heilongjiang) - Malaysia Higher Education Week 2024 yang berlangsung pada 19 hingga 21 April 2024.

Seterusnya Naib Canselor turut mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Presiden Harbin Institute of Technology (HIT), Mr. Zhen Liang yang merupakan rakan kerjasama strategik UMPSA di Harbin, China.

Turut menyambut adalah Pengurusan Kanan HIT dan Pejabat Kementerian Luar Wilayah Heilongjiang. Turut sama hadir Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli.

#TeknologiUntukMasyarakat

#umpsawow

#umpkiniumpsa

#ijazahdualumpsa

Sumber: UMPSA Malaysia

Pencapaian FSTI dalam subjek Chemistry dan Material Science di QS World University Rankings by Subject 2024

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya tersenarai untuk tujuh (7) subjek dalam QS World University Rankings by Subject 2024 yang telah diumumkan oleh pihak QS pada 10 April 2024 pukul 6.00 petang waktu Malaysia seperti berikut:

1. Engineering & Technology = 451 – 500
2. Computer Science & Information Systems = 651 – 700
3. Engineering – Chemical = 201-250
4. Engineering – Electrical & Electronic = 351 – 400
5. Engineering – Mechanical, Aeronautical & Manufacturing Engineering = 301 – 350
6. Chemistry = 451 – 500
7. Material Science = 351 – 400

Tahniah diucapkan kepada Fakulti Sains dan Teknologi Industri kerana tersenarai bagi subjek Chemistry dan Material Science.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang