Previous Next

Program Faculty@School FSTI-INTEK Fasa 1: Lawatan Ilmiah Intek Di Makmal FSTI

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ts. Dr. Hanida binti Abdul Aziz, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) kepada Penolong Kanan INTEK, Puan Hajah Norzianti binti Razali, guru pengiring dan 115 pelajar Tingkatan 5. Pengisian aktiviti dalam makmal telah diadakan bagi setiap bidang yang ditawarkan di Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) iaitu program Kimia Industri, Bioteknologi Industri, Teknologi Bahan. Antara aktiviti interaktif yang diadakan adalah eksperimen tindakbalas kimia, ekstrasi dari tumbuhan, observasi sel di bawah mikroskop, aplikasi magnet dan semikonduktor serta aktiviti taklimat dan demonstrasi dari program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Objektif aktiviti yang dilaksanakan adalah bagi menarik minat pelajar bagi terus menyambung pengajian dalam bidang sains dan memberi pendedahan kepada pelajar akan fasiliti makmal yang ditawarkan oleh FSTI.

Program diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Program faculty@school akan diteruskan pada Fasa 2 dengan pelbagai aktiviti menarik di INTEK pada 13 Julai 2024. Diharapkan inisiatif yang dilaksanakan dapat meningkat enrolmen pelajar ke UMPSA khususnya FSTI.

Terima kasih kepada Pengarah program facutly@school fasa 1, Dr. Kamrul Fakir bin Kamarudin, ketua ketua program dan semua ahli taskforce yang telah menjayakan program faculty@school Fasa 1


Print   Email