LAWATAN KE UPC CHEMICALS (M) SDN BHD BAGI PENGIKTIRAFAN INDUSTRI DAN KOLABORASI WORK-BASED LEARNING (WBL) PROGRAM TEKNOLOGI BAHAN
LAWATAN KE UPC CHEMICALS (M) SDN BHD BAGI PENGIKTIRAFAN INDUSTRI DAN KOLABORASI WORK-BASED LEARNING (WBL) PROGRAM TEKNOLOGI BAHAN
10 JULAI 2025: Pada hari ini telah berlangsung satu lawatan rasmi ke UPC Chemicals (M) Sdn Bhd bagi tujuan pengiktirafan industri dan pelaksanaan kolaborasi Work-Based Learning (WBL) untuk Program Teknologi Bahan. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Nurul Huda Abu Bakar serta wakil program PM Dr. Mohamad Ashry Jusoh dan Pn. Nabilah Alias. Hasil perbincangan, pihak UPC Chemicals telah bersetuju untuk bekerjasama dan mengiktiraf dua kursus dalam program Teknologi Bahan, iaitu BSP3173 Corrosion dan BSP4523 Recycle Technology.
Melalui kerjasama ini, pelajar akan diberi tugasan yang berkaitan serta peluang untuk melawat tapak bagi menyelami tugasan sebenar di industri. Pengiktirafan industri akan diberikan kepada pelajar yang mengambil kursus tersebut pada Semester I Sesi 2025/2026.
Selain itu, UPC Chemicals turut bersetuju untuk menjadi rakan industri dalam pelaksanaan WBL bagi penempatan pelajar selama satu tahun. Langkah susulan seperti penyediaan Letter of Intent (LOI) atau Memorandum of Understanding (MoU) akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi merasmikan kerjasama strategik ini.