FIST UMPSA

News & Events

“Beginner Course for Disability Management” Untuk Pelajar Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, FSTI

“Beginner Course for Disability Management” Untuk Pelajar Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Pada 14 dan 15 Julai 2025, seramai 51 pelajar dari Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri telah menyertai “Beginner Course for Disability Management” anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Peserta adalah terdiri daripada pelajar Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DRO) dan pelajar Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS).

Program ini merupakan satu initisatif dari Cawangan Pengurusan Hilang Upaya, Bahagian Pencegahan, Perubatan, dan Pemulihan (PPP), PERKESO yang ditujukan khas kepada bakal graduan dari pelbagai bidang terutamanya yang sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, fisioterapi, terapi cara kerja, psikologi, kaunseling, sumber manusia, kerja sosial serta yang berkaitan dengan pengurusan hilang upaya. Sebagai salah satu daripada universiti yang menawarkan bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dipilih oleh PERKESO sebagai salah satu penerima inisitatif ini.

Matlamat program ini adalah untuk mengembangkan bidang pengurusan hilang upaya di Malaysia. Beginner Course for Disability Management ini juga bersesuaian untuk diaplikasikan dalam program pembelajaran bagi pelajar di Universiti Awam dan Swasta sebagai nilai tambah (upskilling) berserta persijilan khas daripada industri (PERKESO) yang dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam alam pekerjaan di masa hadapan. Keseluruhannya, program ini memberi pendedahan komprehensif kepada pelajar mengenai konsep asas pengurusan hilang upaya, selain membekalkan mereka dengan pengetahuan praktikal yang selaras dengan keperluan industri. Kejayaan program ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan kerjaya graduan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta bidang berkaitan lain di masa hadapan.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang