Previous Next

Lawatan Penandaarasan Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi dan Keselamatan) dengan Kepujian, UniKL MITEC ke Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian, FSTI UMPSA

Lawatan Penandaarasan Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi dan Keselamatan) dengan Kepujian, UniKL MITEC ke Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian, FSTI UMPSA

UMPSA Gambang - Pada 26 September 2024, delegasi dari Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi dan Keselamatan) dengan Kepujian, UniKL MITEC telah melakukan lawatan penandaarasan ke Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian, Fakulti Sains dan Teknologi Industri. Lawatan penandaarasan adalah bertujuan untuk memenuhi nasihat dari Panel Penasihat Industri UniKL MITEC yang mencadangkan agar penandaarasan dibuat kepada program keselamatan. Delegasi UniKL MITEC terdiri daripada Hj Mohamad Shahrul Effendy bin Kosnan (Ketua Seksyen, Seksyen Teknologi Kejuruteraan Loji), Dr Shahrulzaman bin Shaharuddin (Pensyarah Kanan), Dr Che Hafizan Bin Che Hassan (Pensyarah Kanan), Cik Sharifah Nur Jamilah Binti Syed Walid (Juruteknik), dan Cik Syazmeen (Juruteknik).

Mesyuarat dimulakan dengan sesi perkenalan dan pembentangan latar belakang universiti dan fakulti oleh Ts. Dr. Azizan Bin Ramli, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah, diikuti oleh pengenalan kepada Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian oleh Dr. Mohd Shahril Bin Abu Hanifah, Ketua Program. Sesi diteruskan dengan pengenalan kepada program di UniKL MITEC oleh Hj Mohamad Shahrul Effendy diikuti oleh perbincangan utama yang menumpukan kepada struktur program, proses penilaian program, dan kerjasama yang boleh dilakukan di antara kedua-dua institusi. Sesi penandaarasan telah diakhiri dengan lawatan ke makmal pengajaran dan pembelajaran Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian pada pukul 12 tengah hari.


Print   Email