LAWATAN KE GADING SENGGARA SDN BHD BAGI PENGIKTIRAFAN INDUSTRI DAN KOLABORASI WORK-BASED LEARNING (WBL) PROGRAM TEKNOLOGI BAHAN
16 JULAI 2025: LAWATAN KE GADING SENGGARA SDN BHD BAGI PENGIKTIRAFAN INDUSTRI DAN KOLABORASI WORK-BASED LEARNING (WBL) PROGRAM TEKNOLOGI BAHAN
Pada hari ini telah berlangsung satu lawatan dalam talian ke industri Gading Senggara Sdn Bhd bagi tujuan pengiktirafan industri dan pelaksanaan kolaborasi Work-Based Learning (WBL) untuk Program Teknologi Bahan.
Lawatan ini diketuai oleh Dr. Nurjannah Salim dan ahli program Dr. Nurul Huda Abu Bakar. Hasil perbincangan, pihak Gading Senggara telah bersetuju untuk bekerjasama dan mengiktiraf kursus dalam program Teknologi Bahan, terlibat dalam co-lecture dan juga menyediakan penempatan pelajar bagi program WBL akan datang.
Melalui kerjasama ini, pihak Gading Senggara Sdn Bhd akan menjadi rakan industri dan langkah susulan seperti penyediaan Letter of Intent (LOI) atau Memorandum of Understanding (MoU) akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi merasmikan kerjasama strategik ini.