Previous Next

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI) MENERIMA LAWATAN DARI UNIVERSITAS AIRLANGGA (UNAIR), INDONESIA BAGI METERAI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) UMP-UNAIR

SELASA, 30 Mei 2023 – Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima lawatan dari Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia yang diketuai oleh Encik Novianto Edi Suharno (Pak Anto) mewakili Pengurusan UNAIR bersama enam (6) orang tenaga pengajar dan pegawai. Delegasi UNAIR disambut oleh Ahli Pengurusan FSTI dimulakan dengan sesi pengenalan dan pembentangan mengenai maklumat universiti serta fakulti masing-masing. Delegasi UNAIR hadir ke FSTI UMP bagi menjayakan program kerjasama dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) yang dimeterai melalui Memorandum Perjanjian (MoA) UMP-UNAIR.

Selepas sesi pengenalan, delegasi UNAIR telah dibawa melawat ke Makmal OSH FSTI antaranya, Makmal Industrial Hygiene, Makmal Ergonomik, Makmal Toxicology dan Makmal Ventilation & Air Pollution. Pada sesi petang pula, pihak FSTI telah menyusun pengisian program dengan menganjurkan “OSH Talk with UNAIR and UMP Part 2” bertempat Auditorium Perpustakaan, UMP Gambang.

Pengisian kemuncak lawatan UNAIR ke UMP adalah majlis menandatangani dan pertukaran dokumen MoA yang telah berlangsung pada hari Rabu, 31hb Mei 2023 yang disempurnakan oleh Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin, Naib Canselor UMP bertempat di UMP Pekan. Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran dokumen MoA tersebut adalah barisan Ahli Pengurusan Tertinggi UMP dan Pengurusan FSTI.

 

Berita disediakan oleh En. Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI


Print   Email