International Summer School Science-Culture
Program ‘International Summer School: Science-Culture UNISA-UMP’ anjuran bersama Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta (UNISA), Indonesia dan Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), telah berlangsung selama empat hari bermula 12 hingga 15 September 2022. Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar dengan budaya negara luar, terutamanya Indonesia yang berbeza dengan Malaysia. Justeru itu, program ini juga dapat meningkatkan minat para pelajar untuk mendalami ilmu pengetahuan serta aplikasi bioteknologi yang dijalankan di Indonesia dan Malaysia yang dapat memberi inspirasi dalam bioteknologi pada masa akan datang.
Program International Summer School ini telah melibatkan perkongsian ilmu mengenai penyelidikan bioteknologi dan Virtual Tour daripada penceramah-penceramah dari UNISA dan UMP (seperti di Jadual 1). Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Hapsari Wahyuningsih, S.T.,M.Sc (Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi, UNISA) dan Ts. Dr. Azizan Bin Ramli (Timbalan Dekan Penyelidikan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, UMP). Program ini diadakan dengan menggunakan aplikasi Zoom (bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari) dan telah dihadiri oleh lebih 60 orang pelajar dan ahli akademik dari kedua-dua institusi. Program ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Arif Bimantara, M.Sc. (Ketua Program Bioteknologi, UNISA). Sambutan yang sangat menggalakkan ini telah memberi motivasi kepada pihak penganjur untuk menganjurkan seminar ini pada masa akan datang.
Jadual 1: Pautan sesi perkongsian penceramah-penceramah dari UNISA dan UMP
Aktiviti |
Penceramah |
Pautan |
In Vitro Plant Culture from Home |
Mrs. Wiwit Probowati (UNISA) |
https://www.youtube.com/watch?v=NSAmSWpsm40&t=2s |
Halal Food & Biotechnology |
Dr. Nazikussabah Zaharudin (UMP) |
|
Virtual Tour: "Patin Fishery & Asam Rong" |
Dr. Nor Adila Mhd Omar (UMP) |
https://www.youtube.com/watch?v=uTmGxe22dkg |
Mediokres (Growth Media for Plant Made from Plastic Waste) |
Mr. Arif Bimantara (UNISA) |
https://www.youtube.com/watch?v=tF6RgvPVlog&t=155s |
Workshop: Make your own 'Tempeh' |
Dr. Dinar Mindrati Fardhani (UNISA) |
https://www.youtube.com/watch?v=8Foe1IO-5I&t=1229s |
Edible and Medicinal Mushrooms: Cultivation and Properties |
Assoc. Prof. Dr. Aizi Nor (UMP) |
https://www.youtube.com/watch?v=tF6RgvPVlog&t=155s |
Omega 3 & 6 Fatty Acids |
Dr. Hong Pui Khoon (UMP) |
https://www.youtube.com/watch?v=XfxgVMOTr3M |
Virtual Tour: Agrotourism Salak Village |
Viko Aldi Putra (UNISA) |
Berita disediakan oleh,
JKK Pengantarabangsaan. FSTI
Ts. ChM. Dr. Yuen Mei Lian
Dr. Nor Adila Binti Binti Mhd Omar
Dr. Natanamurugaraj Govindan
Dr. Mohd Shahril Bin Abu Hanifah